Warganet Indonesia Bandingkan Iklan Kerja Di Malaysia Dan Indonesia

Warganet Indonesia Bandingkan Iklan Kerja Di Malaysia Dan Indonesia

Posted by

Baru-baru ini, tular di laman X apabila seorang individu membuat perbandingan antara iklan kerja syarikat Mixue di negara Indonesia dan Malaysia. Bagi yang tidak tahu, Mixue merupakan rangkaian francais aiskrim dan teh dari China.

Dalam iklan kerja kedua-dua syarikat Mixue berkenaan, ia memaparkan perbandingan yang sangat berbeza terutamanya berkaitan syarat temu duga calon dan jumlah gaji.

Warganet Indonesia Bandingkan Iklan Kerja Di Malaysia Dan Indonesia
Sumber: X

Iklan kerja syarikat Mixue di Indonesia menunjukkan majikan meletakkan syarat yang sangat ketat termasuklah keperluan kelulusan ijazah, tidak boleh berada dalam pengajian dan paling mengejutkan hanya terbuka kepada individu yang berumur 26 tahun dan ke bawah.

Iklan kerja tersebut juga tidak menyertakan anggaran gaji yang bakal diterima oleh pekerja yang terpilih.

Sementara iklan kerja syarikat Mixue di Malaysia tampak lebih ringkas serta grafik yang menarik termasuklah paparan gaji yang jelas, tanpa sebarang syarat yang tidak relevan.

Tinjauan penulis di ruangan komen ciapan tersebut mendapati rata-rata warganet Indonesia mempersoalkan mengapa iklan tawaran kerja di negara mereka terlalu rumit, dengan syarat-syarat yang tidak relevan, serta ketiadaan maklumat mengenai tempoh bertugas dan anggaran gaji seperti yang terdapat di Malaysia.

Mereka beranggapan bahawa di Malaysia, proses pencarian pekerjaan lebih telus dan mudah, tanpa syarat yang membebankan, di samping tawaran gaji yang jauh lebih tinggi, menjadikannya idaman ramai orang.

Difahamkan majikan di Indonesia sering meletakkan syarat  temu duga yang tidak relevan seperti mengehadkan peluang pekerjaan hanya kepada individu bawah 26 tahun, manakala yang lebih tua dianggap tidak layak dan sudah terlalu tua untuk dipertimbangkan.

Terdapat juga majikan yang memilih pekerja berdasarkan rupa paras yang menarik dan fizikal yang tinggi lampai, walaupun belum tentu memenuhi kriteria yang diiklankan.

Disebabkan itu, rata-rata warga Indonesia berhasrat ingin berpindah ke Malaysia kerana peluang pekerjaan yang lebih luas dan mempunyai kriteria yang ringkas.

Sebelum ini, warga Indonesia pernah mendedahkan bahawa Malaysia memiliki kualiti hidup yang lebih baik serta ekonomi yang lebih mampan berbanding Jakarta.

Artikel berkaitan: Warga Indonesia Tertarik Pindah Ke Malaysia Kerana Kualiti Hidup Yang Lebih Baik dan Peluang Kerja Yang Banyak

Sehinggakan ada yang telah menetap di sini dan memilih untuk tidak kembali ke sana setelah beberapa tahun tinggal di Malaysia, bahkan mengakui kebenaran kenyataan tersebut.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *