Cara Hilangkan Mengantuk Waktu Petang di Pejabat

8 Cara Hilangkan Mengantuk Waktu Petang di Pejabat

Posted by

Masa terasa lambat berjalan, kerja di pejabat semakin menimbun, perut tiba-tiba berbunyi kembali minta diisi, minum seberapa banyak kopi pun masih juga tidak membantu. Dalam kepala hanya fikir hendak pulang cepat ke rumah dan tidur sahaja. Sesungguhnya anda tidak berseorangan! Saya kumpulkan 8 cara hilangkan mengantuk waktu petang di pejabat seperti berikut. Jom bersama-sama kembalikan produktiviti diri!

Kekalkan hidrasi tubuh

Tahukah anda dehidrasi boleh menyebabkan datangnya perasaan mengantuk? Oleh itu, pastikan anda minum air mineral (bukan kopi) dengan secukupnya ya.

Jangan lupa sarapan pagi

Antara cara hilangkan mengantuk waktu petang di pejabat adalah dengan memakan sarapan pagi. Tetapi jangan pula anda makan sarapan pagi yang berat seperti nasi lemak telur mata dan teh tarik. Walaupun terdapat sebilangan yang berasa sarapan pagi adalah tidak penting, tidak salah anda cuba dahulu. Mana tahu ianya dapat membantu anda menghalang perasaan mengantuk pada waktu petang kelak?

Berehat sebentar

Berehat sebentar bersama Kit Kat! Malangnya, antara cara hilangkan mengantuk waktu petang di pejabat adalah tidak memakan makanan manis seperti Kit Kat. Ambil peluang ini untuk rehatkan minda anda daripada berfikir soal kerja dan ambil angin di luar pejabat sambil ‘scroll’ sebentar laman media sosial peribadi. Jangan ambil kesempatan pula ya!

Bersenam

Tidak semua pejabat menyediakan kemudahan gim untuk para pekerja bersenam. Alternatif lain adalah dengan membuat senaman ‘office-desk’ yang boleh dilakukan hanya di meja pejabat anda sahaja. Anda boleh lakukannya beberapa minit setelah selesai makan tengahari atau bila-bila sahaja mengikut kemahuan anda.

Minum teh hijau

Salah satu cara hilangkan mengantuk waktu petang di pejabat adalah dengan membancuh dan meminum teh hijau. Walaupun teh hijau adalah minuman berkafein, tetapi ianya tidak setinggi kandungan kafein yang ada di dalam kopi.

Buka Spotify atau Apple Music

Sekiranya anda berasa semakin bosan dengan kerja yang ada, ambil ‘earphone’ anda, buka Spotify atau Apple Music peribadi dan mainkan ‘playlist’ kegemaran anda! Seeloknya anda mainkan lagu yang rancak bagi menaikkan semangat yang semakin merudum tersebut.

Kunyah gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah terbukti sebagai antara cara hilangkan mengantuk waktu petang di pejabat. Ianya turut tergolong sebagai suatu bentuk senaman muka juga! Pastikan stok gula-gula getah anda sentiasa mencukupi ya.

Susu kunyit dan tidur yang secukupnya

Sebelum tidur, apa kata anda amalkan minuman susu kunyit? Dipanggil juga sebagai ‘golden milk’, susu kunyit tersebut penuh dengan kandungan antioksidan dan anti-radang yang elok untuk tubuh badan anda. Kajian juga membuktikan bahawa kunyit dapat membantu mengurangkan perasaan cemas atau ‘anxiety’ dan meningkatkan kualiti tidur anda.

Anda mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan mengantuk waktu petang di pejabat? Kongsikannya dengan kami di ruangan komen di bawah. Ikuti Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Nurin Eznieka is a digital content writer who writes about lifestyle, tips and tricks, including career-related contents both in Malay and English languages. Nurin is a foodie who enjoys food hunting and cafe hopping during her free time.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *