Tips Menjaga Penampilan Diri Di Tempat Kerja

Tips Menjaga Penampilan Diri Di Tempat Kerja

Posted by

Penampilan diri seseorang individu di tempat kerja adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja dapat menunjukkan imej profesional malah dapat mencerminkan sikap dan peribadi sebenar anda.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 3 tips menjaga penampilan diri di tempat kerja.

1. Utamakan bahagian wajah

Tips Jaga Penampilan Diri Di Tempat Kerja

Kebiasaannya, perkara pertama yang orang akan lihat apabila berkomunikasi dengan anda adalah bahagian wajah. Jadi, penting untuk utamakan bahagian wajah. Jangan biarkan ia kusam dan berminyak. Sekiranya anda malas atau tidak sempat untuk bersolek, anda boleh sapu sedikit pelembap (moisturizer) dan oleskan sedikit bedak di wajah. Untuk elakkan bibir kering, anda boleh sapukan pelembap bibir.

2. Pastikan pakaian bersih dan kemasĀ 

Tips Jaga Penampilan Diri Di Tempat Kerja

Penampilan yang kemas dan bersih akan menyebabkan anda lebih mudah didekati oleh majikan dan rakan sekerja. Ia jugaĀ dapat memberi keyakinan terhadap diri sendiri.

Walaupun pakaian tidak mempunyai kaitan dengan cara anda bekerja, tetapi anda perlu memberikan penampilan yang terbaik ketika di tempat kerja. Tanpa mengira jenis pekerjaan, penampilan sememangnya menjadi aspek yang penting untuk dijaga. Penampilan diri adalah penting terutamanya jika pekerjaan anda banyak berurusan dengan orang ramai.

3. Memakai wangian

Tips Jaga Penampilan Diri Di Tempat Kerja

Memakai wangian di tempat kerja dapatĀ menaikkan mood untuk melakukan tugasan di tempat kerja dengan baik dan bersemangat. Ia jugaĀ mampu membuat anda berasa yakin dengan diri sendiri.

Artikel berkaitan: Wangian bantu imbangi emosi individu

Kesimpulannya, tidak kira apa jua bidang pekerjaan anda, penampilan diri sememangnya satu perkara yang dititik beratkan oleh semua majikan.Ā Malahan, dalam sesi temu duga juga perkara yang diambil kira adalah dari segi penampilan.

Oleh itu, penampilan diri sememagnya penting bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan juga untuk syarikat kerana penampilan anda akan melambangkan identiti sesebuah syarikat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat danĀ menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan.Ā 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

  1. Tips Penjarakan Sosial di Rumah dan Pejabat
  2. 6 Tips Jadikan Graduan Lebih ā€˜Marketableā€™
  3. Tips Cari Kerja di Singapura untuk Rakyat Malaysia

 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *