5 Negara Paling Banyak Jumlah Pembaziran Makanan

5 Negara Paling Banyak Jumlah Pembaziran Makanan

Posted by

Pembaziran makanan merupakan satu masalah moral yang dihadapi oleh kebanyakan negara. Hampir satu pertiga daripada semua makanan yang dihasilkan di dunia dibuang atau dibazirkan dengan pelbagai alasan.

Pada masa yang sama, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 50 juta orang di 45 negara sedang menghadapi kebuluran di mana beberapa negara membangun terutamanya di Afrika serta Asia sedang menuju ke arah kelaparan dan kebuluran besar-besaran.

Berikut adalah antara 5 negara yang paling banyak membazir makanan.

1. Singapura

5 Negara Paling Banyak Jumlah Pembaziran Makanan

Pembaziran makanan di Singapura adalah kira-kira 774,000 tan makanan setiap tahun. Nasi, mi dan roti adalah antara makanan yang paling banyak terbuang. Secara puratanya, seorang penduduk Singapura membazirkan sekitar 730 kg setahun.

2. Amerika Syarikat

5 Negara Paling Banyak Jumlah Pembaziran Makanan

Saiz hidangan yang besar di negara itu merupakan salah satu penyumbang kepada pembaziran makanan. Seorang penduduk Amerika melakukan pembaziran kira-kira 760 kg setahun. Jumlah pembaziran di negara itu dianggarkan bernilai RM 211 billion setahun.

3. Netherlands

Seorang rakyat Netherlands membazirkan makanan sebanyak 33.4 kg setiap tahun. Dianggarkan sebanyak 42 peratus daripada sisa makanan di negara ini datang daripada pengguna manakala selebihnya datang daripada sektor peruncit atau industri makanan.

4. Malaysia

5 Negara Paling Banyak Jumlah Pembaziran Makanan

Memetik laporan Berita Harian, Malaysia menjana hampir 38,000 tan metrik sisa pepejal sehari dan 45 peratus daripadanya adalah sisa makanan. Sisa makanan tersebut merangkumi dua kategori, iaitu sisa masih boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.

5 United Kingdom

5 Negara Paling Banyak Jumlah Pembaziran Makanan

Seorang penduduk United Kingdom secara puratanya membazirkan kira-kira 9.5 milion tan setahun walaupun 8.4 juta orang di UK berada dalam kebuluran. 

United Kingdom yang merupakan salah sebuah negara termaju di dunia ini yang mengimport hampir 40 peratus makanan dari luar negara. Harga bahan mentah yang murah di negara ini juga menjadi penyumbang kepada pembaziran makanan.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi ilmu baru buat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *