4 Tips Sesuaikan Diri Di Tempat Kerja Baharu

Posted by

Hari pertama di tempat kerja pastinya merupakan hari yang panjang dan janggal. Semuanya pasti terasa asing dan sukar untuk anda sesuaikan diri di tempat kerja baharu.

Jangan risau! Ia adalah perkara yang normal dan dirasai oleh semua orang yang pernah melaluinya. 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 4 tips untuk sesuaikan diri di tempat kerja baharu.

1. Sesuaikan diri dengan budaya syarikat dan etika kerja

4 Tips Sesuaikan Diri Di Tempat Kerja Baharu

Apabila anda berada di tempat kerja baharu, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah mematuhi budaya syarikat. Beri first impression yang baik kepada majikan dan pekerja-pekerja lain.

2. Kenali rakan sekerja

4 Tips Sesuaikan Diri Di Tempat Kerja Baharu

Selain majikan, pastikan anda mengenali rakan sekerja anda bagi memudahkan anda kelak. Bina connections dengan mereka kerana mereka yang akan membantu anda sekiranya anda mempunyai masalah di tempat kerja. 

Jangan bersifat sombong dan angkuh. Sentiasalah merendah diri dan meminta tunjuk ajar ketika perlu. 

3. Murahkan senyuman

4 Tips Sesuaikan Diri Di Tempat Kerja Baharu

Sebagai pekerja baru, tunjukkan imej yang positif. Murahkan senyuman dan sapaan mesra kepada pekerja lain seperti memberi salam atau ucapan hai. Jangan terlalu teruja, kekalkan sifat tenang dan tidak melebih-lebih.

4. Jangan segan untuk bertanya

Malu bertanya sesat jalan. Sekiranya anda tidak tahu atau kurang jelas tentang tugasan yang diberikan kepada anda, cuba dapatkan maklumat yang perlu semaksimum mungkin dan jika anda tidak diberikan kerja tidak ada salahnya jika anda menawarkan pertolongan kepada majikan atau rakan sekerja anda.

Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *