5 Cara Hilangkan Stres Kerja Pada Hujung Minggu

5 Cara Hilangkan Stres Kerja Pada Hujung Minggu

Posted by

Waktu bekerja lima hari seminggu memerlukan fokus dan kesabaran yang tinggi untuk menyelesaikan bebanan kerja dan tanggungjawab yang boleh menyebabkan berlakunya stres.

Selain merehatkan diri dengan tidur, apa kata hujung minggu ini anda manfaatkan sepenuhnya masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang boleh merehatkan minda dan menghilangkan tekanan.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 cara mudah untuk hilangkan stres kerja pada hujung minggu.

Artikel berkaitan: 5 Lokasi ‘Low Budget’ Untuk ‘Healing’ Di Kuala Lumpur

1. Elakkan penggunaan gajet

5 Cara Hilangkan Stres Kerja Pada Hujung Minggu

Hampir setiap hari waktu bekerja anda perlu menghadap laptop dan telefon bimbit untuk berurusan dengan orang-orang di pejabat. Jadi, apa kata hujung minggu ini anda hadkan atau elakkan penggunaan gajet dan anggap sahaja sebagai ‘hari cuti’ daripada segala jenis bentuk gajet. 

Manfaatkan masa yang terluang untuk berehat dan kembalikan tenaga yang telah habis digunakan pada hari bekerja. Anda juga boleh menggunakan masa yang ada untuk menguruskan segala tugasan yang tertangguh.

2. Beriadah

5 Cara Hilangkan Stres Kerja Pada Hujung Minggu

Hujung memang sangat sesuai untuk beriadah seorang diri mahupun bersama yang tersayang seperti bersenam, mendaki gunung (hiking), berjalan di tepi pantai, berbasikal dan banyak lagi!

Aktiviti riadah seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah anda juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Menurut sumber, melihat pemandangan dan mendengar bunyi alam semula jadi dapat menenangkan minda serta memberi banyak manfaat positif kepada otak.

Jadi anda tunggu apa lagi? Keluar dari zon selesa dan terokai serta nikmati sendiri kelainan yang akan berlaku kepada tubuh dan minda anda selepas melakukan aktiviti riadah ini secara konsisten.

3. Menonton drama atau filem

5 Cara Hilangkan Stres Kerja Pada Hujung Minggu

Untuk yang gemar menonton drama atau filem di panggung wayang ataupun platform streaming, anda boleh hilangkan stres pada hujung minggu dengan menonton drama atau filem kegemaran anda. 

Pilih drama atau filem yang santai, kelakar dan tidak terlalu berat untuk otak anda menghadamnya.

4. Mengemas rumah

5 Cara Hilangkan Stres Kerja Pada Hujung Minggu

Untuk anda yang nak hilangkan stres kerja tetapi tidak mahu menghabiskan wang dengan aktiviti-aktiviti di luar rumah, apa kata anda luangkan masa hujung minggu dengan mengemas rumah. Ini kerana, rumah merupakan tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat.

Dengan mengemas rumah, ia bukan sahaja akan menyebabkan anda kurang stres malah hujung minggu anda akan lebih produktif. 

5. Meditasi

5 Cara Hilangkan Stres Kerja Pada Hujung Minggu

Meditasi adalah aktiviti yang bertujuan untuk menenangkan tubuh dan fikiran anda. Dengan melakukan meditasi, ia akan membantu anda berasa lebih stabil, seimbang dan tenang. Di samping itu, meditasi berjalan juga membantu mengembangkan kesedaran berbeza tentang persekitaran, badan dan pemikiran. 

Artikel berkaitan: Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *