Bagaimana Perasaan Iri Hati Boleh Bantu Anda Berjaya Di Tempat Kerja

Posted by

Iri hati, dengki atau cemburu adalah perasaan tidak senang dengan kelebihan orang lain. Ia boleh wujud dalam sesebuah syarikat atau organisasi tidak mengira pangkat atau darjat. Perasaan ini berkait rapat dengan rasa rendah diri, murung, tidak selamat, kecewa, dan tidak berkeupayaan.

Walaupun anda tidak sepatutnya membiarkan perasaan iri hati menguasai diri dan menjejaskan cara anda melayan orang lain, ia adalah satu perasaan yang penting untuk perkembangan kerjaya anda. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan bagaimana iri hati boleh membantu anda berjaya di tempat kerja.

Iri hati sering dianggap perasaan yang tidak baik, tetapi sebenarnya ia juga merupakan sejenis kuasa besar yang membantu anda membuat pilihan yang lebih baik. Oleh itu, apabila anda berasa iri hati dengan orang sekeliling anda di tempat kerja, perlahan-lahan anggap ia sebagai tanda bahawa anda perlu memperbaiki perkara yang anda kurang.

Artikel berkaitan: The two sides of envy at work

1. Pengakuan

Sebaik sahaja anda dapat mengenal pasti punca datangnya perasaan rasa iri hati, anda perlu mengakuinya agar ia dapat mengurangkan tekanan dan membantu anda bertindak balas dengan perasaan tersebut dengan cara yang betul.

2. Kenal pasti kebenaran

Anda pastinya selalu membuat perbandingan diri sendiri dengan orang lain. Oleh itu, kenal pasti punca anda menyimpan perasaan iri hati tersebut kerana ia adalah salah satu cara yang boleh membantu anda berjaya di tempat kerja.

Apakah yang dimiliki oleh rakan sekerja anda yang anda ingin miliki? Adakah rakan sekerja anda baru sahaja menerima promosi yang anda harapkan secara senyap? Atau adakah dia dihormati di tempat kerja? Atau adakah gajinya lebih tinggi daripada anda sedangkan anda berdua mempunyai tanggungjawab kerja yang sama? Anda boleh bertanya soalan-soalan ini kepada diri sendiri dan buat self reflection.

3. Rancang strategi

Setelah mengenal pasti punca anda menyimpan perasaan iri hati, anda boleh mula merancang strategi. Fikirkan kelas atau kursus tambahan di luar waktu kerja untuk meningkatkan lagi kemahiran anda atau cara yang paling mudah adalah minta pertolongan orang yang anda iri hati itu untuk menjadi mentor. 

4. Sentiasa bersyukur

Jika perasaan iri hati menjadikan anda seorang yang toksik dan dibenci majikan dan rakan sekerja, lakukan self reflection dan cari sekurang-kurangnya tiga perkara yang anda syukuri.

Anda perlu tahu bahwa ada orang lain yang teringin untuk mendapatkan apa yang anda miliki hari ini. Oleh itu, kekal tenang. Ubah perasaan iri hati yang tidak perlu itu menjadi sesuatu yang positif untuk anda berjaya di tempat kerja.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *