Ketahui Fakta Menarik Tentang Siput Babi

Ketahui Fakta Menarik Tentang Siput Babi

Posted by

Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan siput daratan. Ia merupakan salah satu haiwan perosak yang sering ditemui di kawasan kebun, halaman rumah ataupun ladang komersial. 

Siput babi sangat mudah untuk dikenali dengan bentuk fizikalnya yang mempunyai cengkerang besar, padat dan berbentuk piramid. Kulit siput atau cengkerangnya mempunyai corak lingkaran di sekelilingnya.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 8 fakta menarik tentang siput babi yang anda mungkin tidak cakna.

Ketahui Fakta Menarik Tentang Siput Babi

1. Siput babi berasal dari benua Afrika dan telah merebak ke kawasan tropika lain sejak ia dibawa masuk ke India pada kurun ke-20. 

Ketahui Fakta Menarik Tentang Siput Babi

2. Siput babi sering dianggap sebagai haiwan perosak terutamanya oleh petani. Siput babi perlu dikawal kehadirannya terutamanya di kawasan kebun sayur dan kawasan persekitaran rumah kerana ia merosakkan tanaman. Namun, di Indonesia ia dikenali sebagai Bekicot. Oleh sebab dagingnya yang enak, Bekicot dijadikan sebagai sate.

3. Seekor siput babi dewasa mempunyai kira-kira 25 ribu batang gigi.

4. Lingkar cangkerang siput babi mempunyai arah putaran ke kanan.

5. Dari segi struktur organ pembiakan, ia adalah haiwan hermafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina.

6. Siput babi menggunakan paru-paru untuk bernafas.

7. Siput babi tergolong dalam kumpulan moluska dari kelas Gastropoda (berjalan dengan perut).

8. Siput babi boleh tidur selama tiga tahun lamanya tanpa bangun-bangun. Ketika tidur, keseluruhan badan siput akan berada dalam cengkerangnya.

Artikel berkaitan: Giant African Snail

Ketahui Fakta Menarik Tentang Siput Babi

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *