5 Sebab Kenapa Anda Perlu Senyum Dengan Lebih Kerap

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Senyum Dengan Lebih Kerap

Posted by

Mengukir senyuman pastinya terasa sukar dan rumit buat anda yang tidak suka bergaul dan sering berada dalam dunia sendiri.

Senyuman mempunyai kebaikannya secara fizikal, psikologi dan sosial. Anda boleh dapat banyak kebaikan dengan hanya memilih untuk tersenyum! Berikut adalah lima sebab kenapa anda perlu senyum dengan lebih kerap.

1. Akan nampak cantik!

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Senyum Dengan Lebih Kerap

Tidak dinafikan, bila tersenyum anda akan nampak lebih cantik dan menawan. Bila anda tersenyum, riak wajah anda akan nampak sangat tenang, gembira hingga membuatkan orang sekeliling berasa sangat selesa.

2. Dapat mengurangkan stres

Menurut kajian, senyuman mampu mengurakan stres kerana senyuman merembeskan hormon gembira seperti oksitosin, endorfin dan serotonin tanpa disedari.

Kalau anda rasa stress ketika bekerja, apa kata anda cuba untuk senyum. Ia boleh hilangkan rasa letih, marah, sedih, kecewa dan bosan yang melanda anda. Ambil sedikit masa untuk senyum dengan mengenang perkara-perkara indah dalam hidup anda. 

Artikel berkaitan: Senyum redakan stress

3. Diri akan berasa lebih bahagia dan gembira

Apabila anda senyum badan akan jadi lebih selesa dan kurang tekanan. Sama ada anda sedar atau tidak, senyuman akan buatkan badan berasa lebih baik dan tidak memikirkan perkara yang buatkan anda kecewa.

Dengan hanya senyum, ia akan menyebabkan otak anda melepaskan hormon dopamin yang menyebabkan anda menjadi gembira.

4. Awet muda

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Senyum Dengan Lebih Kerap

Apabila anda senyum, mood anda akan automatik berubah menjadi lebih ceria dan seronok. Apabila anda berasa gembira, wajah akan kelihatan lebih muda kerana senyuman merupakan senaman ringan yang dapat mengekalkan keanjalan kulit wajah.

5. Buatkan anda nampak lebih menarik

Orang sekeliling anda akan rasa lebih tertarik bila anda senyum. Ini kerana, senyum boleh buatkan anda mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan anda akan nampak lebih berfikiran positif. Bila anda senyum, semua jenis magnet yang positif akan terus melekat pada anda. 

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *