3 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Temu Duga Kerja

3 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Temu Duga Kerja

Posted by

Setiap sesi temu duga pasti berbeza-beza bagi semua orang. Ia boleh jadi satu pengalaman yang manis mahupun pahit. Dalam artikel ini kami akan kongsikan 3 rahsia untuk anda berjaya dalam temu duga kerja.

1. Hasilkan resume yang unik dan menarik 

3 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Temu Duga Kerja

Pastikan resume anda berjaya menarik perhatian bahagian sumber manusia (HR) dan perekrut. 

Terdapat sesetengah syarikat yang melihat secara terperinci setiap bahagian dalam resume anda tetapi ada juga syarikat yang hanya mahukan resume ringkas. Untuk mengetahui lebih lanjut tetang perkara ini, anda perlu membuat ulang kaji dan pastikan anda tahu skop kerja yang anda mohon.

Contohnya, jika anda sedang mencari pekerjaan dalam bidang rekaan grafik, resume anda perlu kelihatan menarik, unik dan menonjol berbanding calon-calon yang lain.

2. Sediakan portfolio

Sekiranya anda perlu mengemukakan portfolio sebagai sebahagian dari proses temu duga kerja, anda perlu memberikan yang terbaik.

Tujuan portfolio adalah untuk menambah realisme untuk jawatan yang anda mohon. Ia juga untuk menggambarkan kualiti kerja, bakat dan kemahiran anda.

3. Tingkatkan skil dan kemahiran

3 Rahsia Untuk Berjaya Dalam Temu Duga Kerja

Anda perlu kuasai kemahiran dan perisian terkini berkaitan industri yang anda ingin ceburi. Banyak kursus-kursus online percuma yang boleh bantu anda tingkatkan kemahiran. Malah, ada beberapa kursus yang menawarkan pensijilan yang boleh menjadi nilai tambah dalam resume anda.

Artikel berkaitan: 20 Tips Berjaya Dalam Temuduga: Panduan Sebelum, Semasa dan Selepas

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *