Gagal dalam sesi temu duga merupakan perkara biasa yang sering terjadi kepada pencari kerja. Anda pastinya tertanya-tanya apakah yang menyebabkan anda gagal sedangkan anda telah melakukan yang terbaik dalam sesi temu duga tersebut.
Berikut kami kongsikan antara 5 sebab yang memungkinkan anda gagal temu duga kerja.
1. Tidak membuat persediaan
Sesetengah calon temu duga tidak mengambil serius tentang persediaan menghadapi temu duga. Tanpa persediaan yang rapi, anda sebenarnya selangkah menemui titik kegagagalan dalam temu duga.
Melakukan persediaan sebelum temu duga sangatlah penting kerana ia merupakan salah satu cara indikasi penilaian yang dilihat oleh penemuduga. Lazimnya, calon yang membuat persediaan sebelum temu duga mempunyai peratusan yang tinggi untuk berjaya. Mereka berusaha keras membuat persediaan dan tidak bergantung kepada nasib semata-mata.
2. Tidak memenuhi deskripsi tugas (job description) jawatan
Resume anda mungkin tidak mempunyai persamaan dengan deskripsi tugas untuk jawatan yang ditawarkan. Majikan akan lihat berdasarkan pengalaman kerja untuk cari calon yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan.
3. Kemahiran yang sedikit/tidak jelas
Temu duga anda mungkin gagal kerana kemahiran yang anda sertakan di dalam resume kurang jelas atau tidak disertai penerangan dan bukti yang mencukupi terutamanya calon yang tiada pengalaman kerja dalam bidang jawatan yang dimohon. Pastikan anda jelaskan kemahiran anda secara terperinci.
Kemahiran dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan jawatan dipohon adalah sangat berguna untuk menjual diri anda dalam resume. Pastikan anda manfaatkan sebaiknya.
4. Kurang atau tiada pengetahuan berkenaan dengan jawatan yang dipohon
Kurang atau tiada pengetahuan berkenaan dengan jawatan yang dimohon merupakan salah satu faktor penyebab anda gagal dalam temu duga.
Justeru itu, sebelum anda menghadiri sesi temu duga, buat sedikit kajian berkenaan dengan jawatan atau syarikat yang dimohon. Ia akan memudahkan urusan anda untuk menjawab setiap soalan yang ditanyakan nanti.
Tips mudah untuk anda mendapatkan serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan jawatan yang dimohon adalah seperti:
- Buat kajian mengenai syarikat yang dipohon (latar belakang syarikat, CEO syarikat dll)
- Ketahui serba sedikit tentang bidang tugas yang dipohon
- Kehendak yang dikehendaki oleh pihak syarikat
Dengan cara ini, anda akan kelihatan lebih berkeyakinan untuk menjawab setiap soalan yang ditanyakan. Tiada lagi istilah gugup ketika melontarkan pendapat atau jawapan kepada penemuduga.
5. Tidak buat follow up
Anda sangat digalakkan untuk melakukan follow up untu mengetahui status permohonan anda. Mana tahu, syarikat terlepas pandang dan selepas anda follow up baru mereka perasan.
Tindakan ini juga menunjukkan bahawa anda seorang calon yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.