Pekerja Yang Sibuk VS Pekerja Yang Produktif: Apakah Perbezaannya

Pekerja Yang Sibuk VS Pekerja Yang Produktif: Apakah Perbezaannya

Posted by

Pekerja anda mungkin sedang dibebani dengan banyak tugas di tempat kerja sehingga menjadikan mereka sibuk. Tapi, adakah kesibukan mereka itu menjadikan mereka seorang pekerja yang produktif atau hanya sekadar ‘sibuk’?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 perbezaan antara pekerja yang sibuk dan pekerja yang produktif.

1. Keutamaan dalam bekerja

Pekerja Yang Sibuk VS Pekerja Yang Produktif: Apakah Perbezaannya

Pekerja yang sibuk cenderung untuk menjadikan semua tugas sebagai keutamaan. Berbeza dengan pekerja yang produktif yang akan menilai dan memilih terlebih dahulu tugas yang lebih penting. 

2. Ketegasan ketika berhadapan dengan perkara lain

Pekerja yang sibuk cenderung untuk berkata ‘ya’ untuk semua perkara walaupun ia tidak penting. Manakala pekerja yang produktif tahu bila untuk berkata ‘tidak’ dan ‘ya’ mengikut keadaan yang sesuai.   

3. Berfikir dan bertindak

Pekerja yang sibuk akan cenderung bertindak dahulu sebelum berfikir. Pekerja yang produktif akan berfikir terlebih dahulu segala kemungkinan yang bakal berlaku.

4. Fokus atau multitasking

Pekerja Yang Sibuk VS Pekerja Yang Produktif: Apakah Perbezaannya

Pekerja yang sibuk akan multitasking untuk mengerjakan pekerjaan dalam satu waktu yang mana hasilnya tidak optimum. Manakala pekerja yang produktif akan fokus pada satu tugas dalam satu waktu.

5. Tujuan hidup

Pekerja yang sibuk hanya sekadar memenuhi tanggungjawab dan tiada tujuan tertentu manakala pekerja yang produktif akan selalu mempunyai tujuan ketika bertindak.

Antara kedua-dua ini, yang mana satu terdapat pada pekerja-pekerja anda?
 
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Forbes


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *