Narsistik adalah keadaan di mana seseorang merasakan dirinya paling penting, memerlukan perhatian dan menyayangi diri sendiri secara berlebih-lebihan.
Seseorang yang memiliki sifat narsistik dalam diri lazimnya mempunyai kurang empati terhadap orang lain.
Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda berdepan dengan individu narsistik terutamanya apabila di tempat kerja? Individu narsistik tersebut boleh jadi majikan anda atau rakan sebelah meja anda sendiri.
Bayangkan anda perlu berhadapan dengan individu narsistik ini hampir setiap hari di tempat kerja.
Jangan risau! Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima cara menghadapi individu narsistik di tempat kerja.
1. Ambil tahu tentang Narcissistic Personality Disorder (NPD)
Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau Gangguan Personaliti Narsistik adalah keadaan kesihatan mental di mana seseorang itu percaya bahawa mereka adalah lebih baik daripada orang lain.
Walaupun setiap orang mempunyai sifat narsistik, individu yang mempunyai NPD sedikit sebanyak akan menjejaskan kehidupan, perhubungan dan kehidupan seharian mereka.
Ambil tahu tentang NPD kerana ia akan membantu anda untuk memahami kelebihan dan kekurangan orang-orang narsistik. Ia akan menjadikan anda lebih mudah untuk mengawal dan sabar dengan tingkah laku negatif mereka.
Artikel berkaitan: Ini 15 Sifat Yang Ada Pada Individu Narsisistik
2. Tetapkan sempadan
Letakkan sempadan apabila berhadapan dengan individu yang narsistik – bercakap atau berkomunikasi apabila perlu sahaja.
Ia akan menjaga kesihatan mental dan emosi anda daripada terus diselubungi rasa menyampah dan sakit hati dengan mereka.
3. Amalkan sifat tenang
Orang yang tenang akan menang! Lazimnya individu narsistik bijak memanipulasi keadaan sehingga akhirnya anda yang sakit hati dan kecewa.
Oleh itu, amalkan sifat tenang dan tidak ambil peduli dalam diri kerana ia akan menjadikan anda seorang yang tidak mudah terkesan apabila menghadapi masalah.
4. Bergaul dengan circle baru
Sekiranya circle anda di tempat kerja dikelilingi individu narsistik, sudah tiba masanya untuk anda mencari circle baru yang dipenuhi dengan orang-orang yang positif.
Ini kerana, meluangkan waktu dengan individu narsistik bukan sahaja akan membazirkan masa anda malah tenaga anda juga terbuang begitu sahaja.
5. Dapatkan bantuan
Dikelilingi individu narsistik sebenarnya sangat memenatkan mental dan juga emosi. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh membiarkan mereka begitu sahaja.
Nasihatkan mereka untuk dapatkan bantuan profesional agar mereka dapat mengatasi gejala-gejala negatif yang ada dalam diri mereka.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan untuk anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com