'Job Description Template' Tukang Landskap

‘Job Description Template’ Tutor

Posted by

Tutor adalah individu profesional yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat akademik mereka. Seorang tutor bertanggungjawab untuk membantu pelajar dalam tugasan kelas, peperiksaan serta membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah tertentu.

Job description template untuk Tutor ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Tutor untuk membantu pelajar dalam tugasan kelas, peperiksaan dan bersedia untuk ujian di dalam dan di luar bilik darjah.

Seorang Tutor bertanggungjawab untuk membantu pelajar mempelajari dan memahami konsep baharu serta menyelesaikan tugasan. Tutor akan menyediakan pelajaran dengan mengkaji rancangan pengajaran (lesson plans), menyemak buku teks secara terperinci – untuk memahami topik yang akan mereka ajar dan menyediakan projek tambahan sekiranya diperlukan.

Seorang Tutor akan bekerjasama secara langsung dengan pelajar untuk membantu mereka memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang konsep yang diajar di dalam bilik darjah. 

Tugas seorang Tutor termasuklah:

  • Menyumbang kepada pembelajaran, pertumbuhan dan kemajuan pelajar
  • Menunjukkan kecekapan akademik dalam bidang mata pelajaran dan membina kurikulum
  • Mengekalkan pertumbuhan minda terhadap pembelajaran pelajar
  • Mempunyai critical thinking skills
  • Bekerjasama dengan ibu bapa untuk meningkatkan prestasi pelajar

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman kerja sebagai Tutor atau jawatan yang berkaitan
  • Seorang yang sabar, fleksibel, positif, konsisten, boleh dipercayai dan dan mempunyai sifat humor
  • Keupayaan untuk mengambil penyeliaan dan pembetulan secara konstruktif
  • Keupayaan untuk menyelia pelajar secara positif
  • Memiliki Diploma/Ijazah atau pendidikan yang setaraf 

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Tutor?

Purata gaji bulanan untuk Tutor di Malaysia adalah antara RM2,200 hingga RM3,200.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Tutor ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *