Perekrut atau Recruiter adalah individu yang bertanggungjawab untuk mencari calon yang sesuai untuk jawatan kerja kosong dan menilai pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang yang berkaitan. Perekrut perlu kekal up-to-date tentang semua jawatan dalam syarikat dan bertindak sebagai penyokong/pembantu untuk pekerja baharu.
Job description template untuk Perekrut ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Perekrut yang berdedikasi untuk menyertai team HR kami dalam mengenal pasti keperluan pengambilan pekerja dan mengisi kekosongan pekerjaan.
Tanggungjawab seorang Perekrut termasuklah mengenal pasti keperluan pengambilan pekerja, mencipta dan menulis huraian kerja, mendapatkan calon melalui pangkalan data dan media sosial, menjalankan temu duga, memfailkan kertas kerja, dan mengikuti undang-undang dan perundangan pekerjaan. Anda juga harus memantau pekerja baharu dan sedia ada serta bertindak sebagai penyokong mereka.
Tugas seorang Perekrut termasuklah:
- Mereka bentuk dan melaksanakan strategi pengambilan
- Membangunkan dan mengemas kini huraian kerja dan spesifikasi kerja
- Melakukan analisis kerja dan tugas untuk mendokumentasikan keperluan dan objektif pekerjaan
- Menyediakan bahan pengambilan dan job posting ke papan kerja/akhbar/kolej yang sesuai dsb
- Merekrut calon dengan menggunakan pangkalan data, media sosial dll
- Menyaring resume dan permohonan kerja calon
- Menjalankan temu duga menggunakan pelbagai alat/kaedah pengambilan dan pemilihan yang boleh dipercayai untuk menapis calon
- Menilai pengetahuan, kemahiran, kemahiran insaniah, pengalaman dan kebolehan pemohon yang relevan
- Melatih pekerja baharu untuk membiasakan diri
- Memantau dan menggunakan HR best practices
- Menyediakan laporan perekrutan yang analitikal dan didokumenkan dengan baik kepada seluruh pasukan
- Bertindak sebagai titik hubung dan membina hubungan yang baik dengan calon yang berpengaruh semasa proses pemilihan
- Mempromosikan reputasi syarikat sebagai ‘tempat kerja terbaik’
Syarat kelayakan
- Mempunyai pengalaman kerja sebagai Perekrut (sama ada perekrut dalaman atau perekrut agensi kakitangan)
- Keupayaan untuk menjalankan pelbagai jenis temu bual (berstruktur, berasaskan kompetensi, tekanan dll)
- Memiliki pengalaman dengan pelbagai proses pemilihan (temuduga video, temu duga telefon, semakan rujukan dll)
- Keupayaan untuk mengatur pusat penilaian kemahiran (sampel kerja, ujian psikometrik dan IQ/EQ, dsb)
- Kebiasaan dengan pangkalan data HR, Applicant Tracking System (ATS) dan Candidate Management Systems (CMS)
- Mempunyai pengalaman dengan perisian merekrut, serta Human Resource Information Systems (HRIS) atau Human Resource Management Systems (HRMS)
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang sangat baik
- Bijak membuat keputusan
- Ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Perekrut?
Purata gaji bulanan untuk Perekrut di Malaysia adalah antara RM3,550 hingga RM11,600
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Perekrut ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com