Contoh Soalan Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

Contoh Soalan Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

Posted by

Soalan kepada penemuduga adalah antara ruang dan peluang untuk calon agar dapat belajar lebih banyak tentang kerja yang anda mohon dan syarikat yang bakal anda bekerja.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan contoh soalan-soalan untuk ditanya kepada penemuduga. 

* Anda boleh ubah contoh soalan yang kami sediakan ini mengikut kesesuaian yang anda inginkan.

Soalan untuk ditanya tentang pekerjaan:

  1. Bolehkah encik/puan/cik huraikan tentang tanggungjawab untuk jawatan saya ini?
  2. Apakah ciri-ciri seseorang yang akan berjaya dalam jawatan ini?
  3. Apakah perkara yang paling penting yang saya boleh bantu dalam tempoh 3 bulan pertama saya di sini?
  4. Apakah beberapa cabaran yang pernah dialami oleh pekerja yang memegang jawatan ini?
  5. Kalau saya diterima bekerja di sini, bagaimanakah prestasi saya akan dinilai/diukur? 
  6. Department manakah yang paling kerap akan bekerjasama dengan saya?
  7. Bagaimanakah keadaan minggu pertama saya bekerja di sini?
  8. Bagaimanakah jawatan saya ini menyumbang kepada kejayaan syarikat ini?
  9. Adakah saya akan bekerja secara individu atau berkumpulan?
  10. Kepada siapa saya mahu rujuk dan melaporkan dri untuk jawatan ini?
  11. Adakah encik/puan/cik merancang untuk mengambil lebih ramai pekerja dalam beberapa bulan ini?

Soalan untuk ditanya tentang syarikat:

  1. Apa yang menyebabkan anda suka bekerja di sini?
  2. Siapa pesaing terbesar anda di syarikat ini dan mengapa?
  3. Apakah cabaran yang dihadapi oleh syarikat ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini? 
  4. Apa cabaran yang anda jangkakan pada tahun-tahun akan datang?
  5. Bagaimanakah pekerja di syarikat ini diiktiraf/dihargai?
  6. Adakah syarikat ini menawarkan atau menyediakan latihan untuk memantapkan kemahiran-kemahiran tertentu?

Soalan untuk ditanya tentang budaya syarikat:

  1. Bagaimanakah budaya kerja yang diamalkan oleh pekerja-pekerja di syarikat ini?
  2. Apakah nilai yang paling penting perlu ada dalam syarikat anda?
  3. Bagaimanakah keadaan bekerja di syarikat ini?
  4. Bagaimanakah anda membantu pekerja anda dalam keseimbangan kerja-kehidupan mereka?
  5. Apakah faedah yang ditawarkan oleh syarikat?
  6. Apakah yang menyebabkan berlakunya konflik dalam kalangan pekerja di sini?

Turut baca: Penting Ke Untuk Bertanya Soalan Ketika ‘Interview’ Kerja? Ini Jawapannya

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *