Skil atau kemahiran adalah sesuatu yang sangat diperlukan dalam semua bidang pekerjaan tidak kira anda ingin memohon jawatan sebagai pegawai atasan mahupun sebagai orang bawahan.
Skil boleh dibahagikan kepada dua iaitu soft skill dan hard skill. Soft skill adalah satu kemahiran berbentuk interpersonal atau daya kemampuan kreatif yang wujud secara semula jadi dan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa manakala hard skill adalah kemahiran teknikal yang lebih khusus kepada sesuatu pekerjaan dan biasanya boleh diukur.
Sekiranya anda tiada salah satu daripada kedua-dua skil ini, peratusan untuk tidak diterima bekerja di sesebuah syarikat/organisasi itu adalah sangat tinggi.
Jadi, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara lima skil yang majikan perlukan daripada anda!
1. Skil kepimpinan
Pekerja yang menunjukkan skil kepimpinan yang cemerlang akan lebih mudah menarik perhatian majikan. Majikan akan lebih cenderung memilih pemimpin dalam kalangan warga syarikat sendiri berbanding mengambil pemimpin dari luar syarikat.
2. Skil komunikasi lisan & bertulis
Bagi anda yang mempunyai kurang kemahiran sosial, jangan risau! Sebenarnya memang agak sukar untuk memenuhi kemahuan majikan yang satu ini.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mampu memberikan hasil kerja yang berkualiti dan sanggup berusaha keras untuk meningkatkan prestasi, pastinya akan ada tempat untuk pekerja seperti anda.
Komunikasi lisan dan bertulis juga boleh diasah sekiranya anda berusaha. Yang penting, sekiranya anda diperlukan untuk berjumpa pelanggan atau membentangkan cadangan, anda mampu memberikan yang terbaik.
3. Skil berfikir secara kritis & boleh selesaikan masalah
Menurut sumber, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah merupakan skil yang sangat diperlukan oleh majikan. Pemikiran kritis diperlukan dalam hampir semua jenis bidang kerjaya.
Pemikiran kritis dapat membantu anda melaksanakan kerja dengan lebih berkesan dan cekap. Ia juga merupakan salah satu ciri penting yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin. Jadi, sekiranya anda mahu dinaikkan pangkat, tonjolkan skil berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah anda kepada majikan.
4. Skil bekerjasama dalam kumpulan
Kemampuan seseorang untuk bekerjasama dan bekerja dalam kumpulan sangat diperlukan majikan. Ini kerana, dengan kerjasama yang baik antara rakan sekerja, syarikat akan menjadi lebih maju dan berkembang.
5. Skil profesionalisme
Menurut tinjauan, majikan sangat mengambil berat tentang profesionalisme dan etika kerja dalam kalangan pekerja. Nilai ini perlu dipupuk dalam kalangan pekerja agar operasi syarikat tidak terganggu akibat sikap pekerja.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda semua yang sedang mencari kerja.
Bacaan lain: Contoh Jawapan: Kenapa Anda Tinggalkan Pekerjaan Sebelum Ini?
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com