'Job Description Template' Juruukur Bahan

‘Job Description Template’ Juruukur Bahan

Posted by

Juruukur Bahan atau Quantity Surveyor adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan projek bangunan kekal dalam bajet. Mereka menyediakan anggaran kos dan bahan, merangka anggaran belanjawan, dan bekerja secara berpasukan, mencatat sebarang perubahan reka bentuk dan kesannya terhadap kos. Juruukur Bahan akan bekerja rapat dengan pembina, arkitek, jurutera dan kontraktor lain.

Job description template untuk Juruukur Bahan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Syarikat Pembinaan kami sedang mencari Juruukur Bahan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami. Untuk berjaya dalam pekerjaan ini, anda perlu mempunyai pengalaman industri dan pengetahuan tentang pelbagai proses pembinaan.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami perlukan.

Tugas seorang Juruukur Bahan termasuklah:

  • Menyemak dan mentafsir rancangan pembinaan
  • Menentukan kuantiti bahan yang diperlukan berdasarkan pelan pembinaan
  • Berunding dan mendapatkan tawaran terbaik untuk bahan binaan
  • Berkoordinasi dengan Penyelia Tapak dan Kontraktor untuk menganggarkan bilangan bahan yang diperlukan
  • Menyediakan belanjawan bahan 
  • Melakukan penilaian risiko dan mencadangkan langkah penambahbaikan
  • Membuat pesanan untuk bahan dan mengemas kini inventori
  • Melawat tapak pembinaan untuk menentukan keperluan bahan apabila diperlukan
  • Membuat dan menyelenggara laporan operasi harian
  • Membina hubungan perniagaan yang berpanjangan dengan vendor dan pihak berkepentingan

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Ukur Bahan, Pengurusan Komersial, Kejuruteraan Awam atau bidang berkaitan
  • Pengalaman kerja sebagai Juruukur Bahan atau peranan yang serupa dalam industri Pembinaan
  • Mempunyai pengetahuan tentang proses pembinaan dan teknologi bangunan
  • Mempunyai kemahiran pengurusan masa dan organisasi yang baik
  • Mempunyai kemahiran analisis dan penyelesaian masalah yang cemerlang
  • Mempunyai kemahiran rundingan dan rangkaian yang sangat baik
  • Seorang yang terperinci
  • Seorang team player dan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan
  • Kesediaan untuk melancong ke lokasi yang berbeza
  • Keupayaan untuk bekerja pada waktu yang fleksibel dan pada hujung minggu
  • Keupayaan untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Juruukur Bahan?

Purata gaji bulanan untuk Juruukur Bahan adalah antara RM 3,300 hingga RM 4,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Juruukur Bahan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain ‘Job Description Template’ Juruukur Tanah

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *