Ini Rupanya Punca Anda Sering Lesu Di Tempat Kerja!

Ini Rupanya Punca Anda Sering Lesu Di Tempat Kerja!

Posted by

Rasa lesu dan penat apabila di tempat kerja adalah satu perkara yang biasa dan pastinya semua orang pernah mengalaminya.  

Berikut kami kongsikan antara lima punca anda sering lesu di tempat kerja.

1. Tidak cukup tidur

Ini Rupanya Punca Anda Sering Lesu Di Tempat Kerja!

Kekurangan tidur hanya akan mengganggu urusan harian anda pada keesokan harinya. Bagi orang dewasa, tidur yang cukup adalah antara tujuh hingga sembilan jam. 

Oleh itu, elakkan penggunaan gajet sebelum tidur kerana sinar biru pada skrin gajet akan mengganggu kualiti tidur anda.

2. Tidak bersarapan waktu pagi

Ramai orang tidak menyedari kepentingan sarapan terhadap kesihatan. Sarapan pagi sangat penting untuk memastikan anda dapat mulakan hari yang sibuk dengan bertenaga. 

Apabila anda bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan, ia akan membekalkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari dengan lebih cergas.

3. Kekurangan vitamin

Kekurangan vitamin seperti vitamin D, B-12, zat besi, magnesium atau kalium dalam badan boleh menjadi punca anda rasa lesu di tempat kerja. 

Walau bagaimanapun, kebiasaannya hanya dengan melakukan ujian darah barulah seseorang itu dapat mengenal pasti kekurangan dalam tubuhnya.

Setelah dikenal pasti, doktor akan mengesyorkan suplemen atau ubat-ubatan tertentu bagi meningkatkan kandungan nutrien dalam tubuh badan.

4. Duduk di posisi yang sama terlalu lama

Duduk terlalu lama, dalam posisi yang sama bukan sahaja akan menjadikan anda lesu dan ‘lemau’, malah ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah lain seperti sakit belakang yang kronik, postur badan yang tidak bagus malahan boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, penyakit jantung serta obesiti.

Anda boleh cuba berjalan seketika dalam kawasan pejabat atau melakukan senaman ringkas bagi meregangkan otot. Barulah badan akan terasa lebih segar!

Artikel berkaitan: Kesan Negatif Duduk Terlalu Lama

5. Kerja tanpa henti

Bekerja tanpa henti juga sebenarnya boleh menjadi punca anda lesu di tempat kerja. Jangan terlalu fokus bekerja hingga kesihatan badan terjejas. 

Amalkan work-life balance atau keseimbangan antara kerja dengan kehidupan. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk pastikan badan anda lebih segar dan cergas apabila di tempat kerja.

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat anda yang sering berasa lesu di tempat kerja.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *