Ancaman Penyakit X, Lebih Bahaya Daripada COVID-19

Ancaman Penyakit X, Lebih Bahaya Daripada COVID-19

Posted by

Menerusi maklumat terbaharu daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta agar rakyat Malaysia bersiap sedia dengan kemungkinan wujudnya penyakit X.

Ia digelar penyakit X kerana ia masih tidak dapat dikenal pasti jenis penyakitnya namun, pihak KKM sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan pandemik ini. 

Menurut sumber, pakar kesihatan dunia menjangkakan bahawa pandemik seterusnya yang bakal melanda berkemungkinan akan menjadi 20 kali ganda lebih berisiko daripada COVID-19 serta boleh mengakibatkan 50 juta kematian.

Penyakit X ini akan menyerang pada bila-bila masa dan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberikan amaran ke seluruh dunia agar bersedia dengan penyakit ini.

Selain itu, pandemik seterusnya juga dijangka akan mempunyai skala seakan-akan Spanish flu.

Ancaman Penyakit X, Lebih Bahaya Daripada COVID-19

Untuk pengetahuan,  pada tahun 2018, istilah penyakit X telah digunakan WHO yang merujuk kepada agen penyakit baharu, sama ada ia virus, bakteria ataupun fungus dan belum mempunyai vaksin. 

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan buat anda. 

Bacaan lain: Nipah Virus: How It Started in Malaysia

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *