Doktor Ini Kongsi 5 Jenis Vitamin Yang Perlu Diambil Sebelum Usia 40 Tahun

Doktor Ini Kongsi 5 Jenis Vitamin Yang Perlu Diambil Sebelum Usia 40 Tahun

Posted by

Terdapat satu perkongsian daripada seorang doktor yang berkongsi tentang kepentingan mengambil lima jenis vitamin ini sebelum usia mencecah 40 tahun. 

Berikut kami kongsikan lima jenis vitamin tersebut.

1. Senaman

Doktor Ini Kongsi 5 Jenis Vitamin Yang Perlu Diambil Sebelum Usia 40 Tahun

Apabila seseorang semakin berumur, senaman adalah sangat penting untuk memastikan tulang dan otot menjadi kuat. 

Senaman bukan sahaja penting untuk memiliki badan yang kurus dan fit, tetapi juga untuk menegangkan otot yang semakin lemah akibat pertambahan usia.

Oleh itu, penting untuk masyarakat di luar sana agar sentiasa bersenam untuk memastikan tulang badan menerima kalsium dan vitamin daripada darah dan perut.

Ini merupakan salah satu cara untuk mengekalkan kepadatan tulang yang dipanggil sebagai ketumpatan tulang (bone density).

Selain itu, bersenam secara berterusan boleh membantu mengelakkan atau melambatkan proses tulang rapuh atau juga dipanggil osteoporosis.

2. Vitamin D

Tanpa Vitamin D, tulang tidak boleh membina sel-sel tulang dan tidak boleh menjadi lebih kuat dan padat. 

Selain itu, kelebihan yang terdapat pada vitamin D ini adalah ia boleh didapati secara percuma melalui cahaya matahari selama 15 minit sehari. 

3. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Antara jenis makanan yang disarankan untuk diambil dalam kuantiti yang sedikit adalah nasi, roti, capati, roti canai dan sebagainya. 

Ini kerana, semakin anda berumur, semakin kurang keperluan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan kerana anda tidak lagi membesar dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak. Oleh itu, penting untuk anda mengurangkan jumlah karbohidrat agar ia tidak bertukar menjadi lemak.

Formula yang paling mudah adalah dengan mengurangkan pengambilan nasi/karbohidrat dalam pinggan. 

4. Air kosong

Sebelum memasuki usia 40-an, latihlah diri untuk menyukai air kosong. Ini kerana, pengambilan air kosong dengan kuantiti yang banyak mampu meningkatkan hidrasi yang penting untuk kesihatan tubuh badan.

Selain itu, sebelum memasuki usia 40-an elakkan pengambilan minuman yang berkalori tinggi yang mampu memudaratkan kesihatan.

5. Bersyukur

Doktor Ini Kongsi 5 Jenis Vitamin Yang Perlu Diambil Sebelum Usia 40 Tahun

Apabila sudah mencecah usia 40-an, vitamin bersyukur adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan mental. Sekiranya anda sentiasa bersyukur, keharmonian dan kebahagiaan hidup akan terjamin.

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *