4 Cara Buat Duit Daripada Hobi Anda

4 Cara Buat Duit Daripada Hobi Anda

Posted by

Hobi merupakan satu aktiviti yang memberi kepuasan dan kegembiraan kepada diri kerana ia dipilih khas berdasarkan bakat yang ada pada setiap individu. 

Selain itu, hobi juga merupakan salah satu cara untuk melarikan diri daripada tekanan kehidupan dan lain-lain. Yang paling menarik, dengan hobi juga, anda berpeluang untuk buat duit!

Bagaimanakah caranya? Jom baca sampai habis!

1. Tentukan kemahiran anda

4 Cara Buat Duit Daripada Hobi Anda

Anda perlu menilai diri sendiri dan tentukan kemahiran mana yang perlu diperhalusi dan kemahiran apa yang sesuai untuk anda. Contohnya anda minat dan mempunyai bakat untuk menulis. Jadi anda boleh jadikan hobi menulis dengan membuat servis copywriting di media sosial, penulisan skrip dan sebagainya.

Anda juga boleh sertai beberapa kelas agar anda dapat tingkatkan kemahiran anda. Ini adalah untuk memastikan anda mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding orang lain. 

Dengan cara ini, bakal klien/pelanggan anda akan lebih cenderung untuk mengambil perkhidmatan/servis daripada anda.

2. Fikirkan cara untuk membezakan diri anda

Anda boleh cuba untuk mempromosikan perkhidmatan/servis anda di media sosial agar audiens/followers yang mengikuti anda tahu bahawa anda berkemahiran dalam bidang tersebut. Dengan cara ini juga, ia dapat menarik klien/pelanggan untuk mengambil perkhidmatan/servis daripada anda.

Beberapa contoh hobi yang boleh jadikan sebagai kerjaya adalah seperti berikut:

  • Hobi berkaitan seni antaranya graphic design, muzik, fotografi, penulisan kreatif dan kraf. 
  • Kalau anda mempunyai skil untuk bertukang atau yang berkaitan, anda boleh cuba bidang pertukangan atau kimpalan.
  • Kalau anda mempunyai hobi untuk memasak, anda boleh cuba untuk mencipta menu atau resipi anda sendiri dan menjual makanan di gerai-gerai secara ready-to-eat dan sebagainya. 

3. Promosikan diri sendiri

Salah satu cara yang paling mudah untuk mempromosikan diri sendiri pada zaman teknologi sekarang adalah dengan menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

Anda boleh muat naik kerja-kerja anda sebelum ini. Ini akan menjadikan bakal klien/pelanggan anda lebih percaya untuk hire anda.

4. Catat apa yang telah anda capai

4 Cara Buat Duit Daripada Hobi Anda

Buat catatan apa yang telah anda capai melalui hobi anda. Ini akan membantu anda mengenal pasti langkah seterusnya atau sekiranya anda perlu menilai semula sama ada hobi anda berbaloi atau tidak untuk jana pendapatan.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *