‘Job Description Template’ Penasihat Akademik

‘Job Description Template’ Penasihat Akademik

Posted by

Penasihat Akademik atau Academic Advisor adalah individu yang bertanggungjawab untuk membantu pelajar mencapai matlamat pendidikan mereka dengan bekerjasama rapat dengan pelajar untuk memilih kursus, mengenal pasti kekuatan dan bertindak sebagai orang penting sehingga pelajar menamatkan pengajian.

Job description template untuk Penasihat Akademik ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Penasihat Akademik untuk menyertai pasukan kami dan membantu pelajar melalui perjalanan akademik mereka.

Tanggungjawab Penasihat Akademik termasuk menyelia orientasi pelajar baharu, membantu pelajar memilih kelas/jurusan dan membantu pelajar menentukan kekuatan mereka.

Anda akan bekerjasama secara langsung dengan pelajar untuk membantu mereka memahami pilihan pendidikan mereka dan membantu membimbing mereka sepanjang akademik mereka.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Penasihat Akademik termasuklah:

  • Membincangkan matlamat kerjaya dan pendidikan dengan pelajar
  • Membantu dalam proses pemilihan kursus untuk memastikan kemajuan ke arah matlamat pelajar
  • Menunjukkan minat terhadap perkembangan murid
  • Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar
  • Menghubungkan pelajar dengan kaunselor atau tutor
  • Menunjukkan pemahaman yang kukuh tentang dasar institusi

Syarat kelayakan

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan pendidikan
  • Berpengalaman dalam memberi kaunseling kepada pelajar, pembangunan, pendidikan, atau bidang yang berkaitan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kuat
  • Mempunyai kemahiran komputer
  • Keupayaan untuk mengekalkan rekod dan mengemas kini prestasi pelajar
  • Memahami dasar, prosedur dan sumber institusi
  • Keinginan untuk membantu pelajar dalam perjalanan akademik mereka

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Penasihat Akademik?

Purata gaji bulanan untuk Penasihat Akademik adalah antara RM 3,750 hingga RM 10,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Penasihat Akademik ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *