Bekerja Sambil Belajar: 4 Rahsia Untuk Belajar Secara Efektif  

Bekerja Sambil Belajar: 4 Rahsia Untuk Belajar Secara Efektif  

Posted by

Bekerja sambil belajar bukanlah satu perkara baharu di Malaysia. Ada yang memilih untuk belajar sepenuh masa (full time student) sambil bekerja dan ada juga yang memilih untuk bekerja sepenuh masa (full time employee) sambil belajar.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan empat rahsia bagaimana anda boleh belajar secara efektif walaupun anda sedang bekerja.

1. Bijak uruskan masa

Bekerja Sambil Belajar: 4 Rahsia Untuk Belajar Secara Efektif  

Bekerja sambil belajar memerlukan masa tambahan untuk menghadiri kelas dan menyelesaikan kerja kursus. Di sinilah pentingnya pengurusan masa. Pastikan tiada satu pun masa anda yang terbuang begitu sahaja.

Bahagikan masa dengan sebaiknya antara belajar dan bekerja. Pastikan tugasan kerja yang diberikan selesai mengikut masa yang ditetapkan tanpa mengganggu waktu kerja anda.

Selain itu, pastikan anda bijak uruskan masa antara keluarga dan juga waktu rehat anda.

2. Dapatkan rehat yang secukupnya

Bekerja sambil belajar akan menyebabkan badan dan otak anda menjadi penat kerana ia boleh jadi sangat membebankan dan penuh dengan tekanan. Jadi, dapatkan rehat yang secukupnya. Pastikan jadual pemakanan anda diambil secara teratur untuk mengelakkan sebarang penyakit yang tidak diingini. 

Sekiranya ada masa terluang, jangan lupa untuk lakukan aktiviti sosial agar dapat mengelakkan diri daripada tekanan atau stres.

3. Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak pengurusan

Sekiranya terdapat masalah berkaitan kerja dan pelajaran, pastikan anda mendapat sokongan dan nasihat daripada majikan dan pensyarah. Pastikan mereka tahu bebanan dan masalah yang anda sedang alami. 

4. Wujudkan ‘ruang selesa’ untuk anda selesaikan tugasan berkaitan kerja mahupun pelajaran

Bekerja Sambil Belajar: 4 Rahsia Untuk Belajar Secara Efektif  

Pilih tempat atau ruang yang anda rasa selesa dan yakin untuk anda siapkan tugasan berkaitan kerja mahupun pelajaran. Ini adalah untuk memastikan anda tidak berasa tertekan dan kerja-kerja anda yang tergendala akan siap dengan lebih cepat.

Jadi, adakah bekerja sambil belajar adalah keputusan yang tepat? Sekiranya anda jawab ‘ya’, maka anda perlu bersedia untuk komited terhadap semua cabaran yang akan datang kepada anda, demi kerjaya dan masa hadapan anda.

Semoga perkongsian ini memberi panduan dan manfaat buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *