‘Job Description Template’ Jurutera Proses

‘Job Description Template’ Jurutera Proses

Posted by

Jurutera Proses atau Process Engineer adalah individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk, melaksana dan mengoptimumkan proses perindustrian untuk syarikat pembuatan berskala besar. 

Jurutera Proses akan bekerja dalam industri pembuatan, kimia dan bioteknologi dan mungkin juga akan bekerja dalam jualan atau IT untuk mereka bentuk dan mengoptimumkan proses jualan atau perisian.

Job description template untuk Jurutera Proses ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Jurutera Proses yang berpengalaman yang akan bertanggungjawab ke atas reka bentuk proses, operasi dan pelaksanaan. 

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Jurutera Proses termasuklah:

  • Berhubung dengan Production Manager untuk menilai proses sedia ada
  • Merangka idea proses untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kadar pengeluaran
  • Melaksanakan penilaian risiko
  • Mereka bentuk dan menguji peningkatan proses dan sistem proses baharu
  • Memastikan proses mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti
  • Melakukan proses simulasi
  • Menjalankan ujian pengoptimuman
  • Menyediakan Product Manager dokumen proses dan prosedur operasi standard
  • Memantau sistem naik taraf yang berlaku

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan
  • Mempunyai pengalaman kerja sebagai Jurutera Proses
  • Berpengalaman dengan proses simulasi dan prosedur operasi standard (SOP)
  • Berpengetahuan tentang sistem perisian kejuruteraan proses
  • Mahir dengan CAD dan AutoCAD
  • Mempunyai kemahiran teknikal
  • Mahir dengan peraturan keselamatan
  • Mempunyai keupayaan untuk mengurus projek

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Jurutera Proses?

Purata gaji bulanan untuk Jurutera Proses adalah antara RM 3,500 hingga RM 4,800.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Jurutera Proses ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *