‘Job Description Template’ Penyelaras Logistik

‘Job Description Template’ Penyelaras Logistik

Posted by

Penyelaras Logistik atau Logistic Coordinator adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyelia operasi rantaian bekalan dan memastikan pengedaran barangan dilakukan dengan cekap dan efisien.

Job description template untuk Penyelaras Logistik ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Penyelaras Logistik yang cekap untuk menyelia dan memudahkan operasi rantaian bekalan syarikat kami. Anda akan menjadi orang yang menyelaraskan kakitangan untuk mencapai pengedaran barangan yang efektif.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Penyelaras Logistik termasuklah:

  • Menyelaras dan memantau operasi rantaian bekalan
  • Memastikan premis dan aset digunakan dengan efektif
  • Menggunakan IT logistik untuk mengoptimumkan prosedur
  • Menyelaraskan kakitangan logistik (cth. pemandu lori) mengikut ketersediaan dan keperluan
  • Menyelia pesanan dan mengatur stok bahan mentah dan peralatan untuk memastikan ia memenuhi keperluan
  • Berkomunikasi dengan pembekal, peruncit, pelanggan dan lain-lain untuk mencapai tawaran yang menguntungkan dan kepuasan bersama
  • Merancang dan menjejaki penghantaran final product mengikut keperluan pelanggan
  • Simpan log dan rekod stok gudang, pesanan yang dilaksanakan dsb
  • Sediakan laporan yang tepat untuk pengurusan atasan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Penyelaras Logistik
  • Pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan 
  • Pengetahuan tentang undang-undang, peraturan dan keperluan ISO
  • Keupayaan untuk bekerja tanpa pengawasan pihak atasan 
  • Seorang yang celik komputer dan mempunyai pengetahuan kerja perisian logistik 
  • Kebolehan organisasi dan penyelarasan yang cemerlang
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik
  • Ijazah Sarjana Muda dalam pentadbiran perniagaan, pengurusan rantaian bekalan atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Penyelaras Logistik?

Purata gaji bulanan untuk Penyelaras Logistik adalah antara RM 2,500 hingga RM 4,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Penyelaras Logistik ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *