Genre Filem Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Anda

Genre Filem Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Anda

Posted by

Filem atau drama mempunyai pelbagai genre yang boleh dinikmati pada masa terluang. Selain dijadikan sebagai hobi, menonton filem dengan genre tertentu ternyata mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Berikut kami kongsikan antara empat genre filem dan kaitannya dengan kesihatan anda.

1. Romantik (Romance)

Genre Filem Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Anda

Bagi anda yang gemar menonton filem bergenre romantik, anda sebenarnya sedang melepaskan enzim oksitoksin yang juga dikenali sebagai hormon cinta.  

Apabila enzim ini dilepaskan, rasa murung dalam diri akan berkurangan dan anda akan berasa lebih ceria. 

Walau bagaimanapun, filem bergenre romantik juga boleh membuatkan anda menangis kesedihan!

2. Komedi (comedy)

Filem komedi yang menghiburkan akan mengurangkan tekanan atau stres kerana hiburan dari filem komedi akan membantu melepaskan enzim endorfin dalam badan. Ia seterusnya boleh mengurangkan perasaan gelisah dan menenangkan fikiran anda.

3. Seram (horror)

Genre Filem Dan Kaitannya Dengan Kesihatan Anda

Kejutan atau jumpscare dalam filem seram boleh mengaktifkan badan anda untuk terus fokus sepanjang perjalanan cerita tersebut. 

Ini kerana aksi seram yang mendebarkan boleh memberi elemen kejutan. Melalui kejutan yang dialami, anda dapat melepaskan tekanan dalam badan.

4. Aksi (action)

Filem aksi dengan bunyian latar belakang muzik yang kuat dan rancak boleh membantu melepaskan adrenalin dari badan anda. Selain itu, filem aksi yang memaparkan imej-imej yang mengujakan juga mampu membina daya kreativiti anda.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Sumber: AIA

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *