Terdapat tiga sistem dan model kerja iaitu WFH (Work From Home), WFO (Work From Office) dan juga istilah Hybrid Working. Ketiga-tiga sistem dan model kerja ini sudah semakin banyak digunakan di kebanyakan syarikat di Malaysia.
Tetapi persoalannya, di antara WFH, WFO dan hybrid, yang mana satu menjadi pilihan?
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tujuh perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih antara ketiga-tiga sistem ini.
1. Jenis pekerjaan
Sebelum menentukan sama ada anda ingin kerja WFH, WFO atau Hybrid, pastikan anda tahu bidang pekerjaan anda. Ini kerana, terdapat beberapa bidang pekerjaan yang memerlukan anda untuk WFO.
Antara pekerjaannya adalah:
- Pekerjaan dalam bidang pelancongan (travel)
- Pekerjaan dalam bidang perhotelan
- Pekerjaan dalam bidang kesihatan
Bukan itu sahaja. Terdapat juga bidang pekerjaan yang boleh dilakukan secara WFH, tetapi ia adalah lebih baik sekiranya dilakukan secara WFO. Antara contoh pekerjaan itu adalah:
- Pereka grafik yang memerlukan komputer canggih (contohnya, komputer itu hanya terdapat di pejabat)
- Pekerjaan dalam bidang kreatif yang memerlukan perbincangan yang lama (sekiranya dilakukan secara online, perbincangan akan menjadi tidak kondusif)
Untuk anda yang bekerja dalam bidang ini, anda boleh memilih untuk bekerja secara Hybrid. Tetapi anda sangat digalakkan untuk WFO sekiranya perlu.
Sekiranya kerja-kerja anda boleh diselesaikan dari rumah, pilihan WFH masih boleh dipertimbangkan.
2. Kewangan
Sekiranya anda memilih untuk WFH, anda tidak perlu tanggung kos ulang alik ke pejabat, berbeza sekiranya anda memilih untuk WFO dan Hybrid.
Jadi, sesuaikan dengan situasi dan keadaan kewangan anda.
3. Tenaga untuk berulang alik
Bukan semua orang tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Kalau tempat tinggal anda jauh, ini bermakna, anda perlu ulang alik dari rumah ke pejabat.
Proses ulang alik ini bukan hanya memakan waktu, tetapi juga tenaga. Setibanya di pejabat, tenaga anda sudah pun habis.
Ini adalah perkara yang perlu dipertimbangkan sekiranya anda ingin WFH, WFO atau Hybrid. Sekiranya anda tidak ingin ulang alik, pilihlah bidang pekerjaan yang membolehkan anda untuk WFH.
4. Produktiviti
Terdapat individu yang lebih produktif ketika WFH, kerana mereka mempunyai lebih banyak waktu terluang untuk menyertai webinar, belajar perkara baharu, dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, terdapat juga individu yang merasa lebih produktif ketika WFO kerana menurut mereka, di pejabat kurang gangguan.
Ada juga orang yang suka bekerja secara Hybrid kerana suasananya yang lebih bervariasi.
Jadi, pilih ikut kesesuaian anda. Tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah.
5. Keperluan
Pilihan untuk WFH, WFO atau Hybrid perlu dibuat mengikut keperluan anda sendiri.
Sebagai contoh, ramai pasangan yang baru mendapat cahaya mata akan memilih WFH kerana mereka ingin meluangkan lebih banyak masa dengan anak.
Selain itu, sesetengah rumah mempunyai talian internet yang kurang stabil. Jadi, mereka lebih memilih untuk WFO dan Hybrid.
Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Jadi, sesuaikan mengikut keadaan anda.
6. Etika pakaian
Apabila anda WFH, anda boleh pakai apa sahaja baju yang anda rasa selesa. Tetapi sekiranya anda memilih untuk WFO, etika pakaian untuk ke pejabat adalah berbeza-beza bergantung kepada syarikat tempat anda bekerja.
Ada pejabat yang tidak begitu ambil peduli dengan etika pakaian pekerjanya dan ada juga pejabat yang mempunyai aturan berpakaian yang khusus.
Anda hanya perlu sesuaikan semuanya dengan pilihan anda sendiri.
7. Fleksibiliti
Apabila anda WFH, anda boleh bekerja sambil duduk, berdiri atau bahkan berbaring. Semuanya bergantung kepada anda, asalkan tugasan anda selesai.
Sementara itu, apabila anda WFO, anda perlu mengikut etika dan adab yang sepatunya. Anda perlu duduk di tempat yang sudah disediakan dan siapkan pekerjaan anda.
Secara ringkasnya, sama ada anda memilih untuk WFH, WFO atau Hybrid, pastikan pilihan anda itu sesuai dengan keadaan dan keperluan anda.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com