Resume adalah dokumen yang menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran serta pencapaian seseorang individu.
Resume merupakan dokumen yang sering digunakan dalam proses permohonan kerja. Ia biasanya merangkumi 1 atau 2 muka surat sahaja.
Sekiranya anda ingin memohon pekerjaan, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu resume untuk memohon jawatan yang dikehendaki.
5 Kepentingan Resume
1. Menggariskan kemahiran dan pengalaman anda
Resume akan membantu menyerlahkan kemahiran dan pengalaman anda kepada bakal majikan. Ini membolehkan mereka memilih anda sebagai calon pekerja mereka.
Penting untuk anda tulis kemahiran dan pengalaman terkini anda di dalam resume.
2. Berpotensi untuk ke sesi temu duga
Resume yang baik akan membolehkan anda ke proses seterusnya dalam permohonan kerja iaitu sesi temu duga.
3. Membantu majikan membuat keputusan
Melalui maklumat yang terdapat pada resume anda, ia akan membantu bakal majikan anda untuk membuat keputusan sama ada anda layak untuk diambil bekerja ataupun tidak.
4. Memaparkan nilai yang bakal anda tawarkan kepada majikan
Resume anda bukan hanya bertujuan untuk menawarkan kemahiran dan pengalaman, ia juga membantu untuk memaparkan nilai yang bakal anda tawarkan kepada majikan.
5. Memadankan anda dengan jawatan
Resume yang baik akan membantu sepadankan dengan kemahiran anda dengan keperluan jawatan. Anda hanya perlu pastikan resume anda mengandungi kata kunci (keywords) yang sama yang terdapat dalam huraian kerja (job description).
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Bacaan lain: 5 Sebab Yang Memungkinkan Anda Gagal Temu Duga Kerja
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com