5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sekiranya Diberhentikan Dari Tempat Kerja!

5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sekiranya Diberhentikan Dari Tempat Kerja!

Posted by

Diberhentikan atau dipecat dari tempat kerja boleh menjadi satu perkara yang sangat mencabar dan sukar buat seseorang. 

Tapi jangan risau! Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 perkara yang anda boleh buat untuk menguruskan situasi ini dengan lebih baik.

1. Kumpul maklumat & bukti

Pertama sekali, cuba untuk tenang dan terima kenyataan dengan apa yang berlaku. Jangan buat apa-apa tindakan yang mengikut emosi. Kumpulkan maklumat dan bukti berkenaan pemecatan anda, termasuk alasan dan butir-butir proses pemecatan.

2. Semak semula kontrak kerja/perjanjian

Semak semula kontrak kerja atau perjanjian pekerjaan anda untuk memahami syarat pemecatan. Pastikan pemecatan berlaku mengikut prosedur yang betul.

3. Cari kerja baharu

5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sekiranya Anda Diberhentikan Dari Tempat Kerja!

Mulakan proses mencari pekerjaan baharu. Anda mungkin perlu memperbaharui resume, mengemaskini profil media sosial profesional anda, dan menjalinkan hubungan (connection) dalam industri berkaitan.

4. Tuntut faedah pemecatan

Anda mungkin layak untuk dapat faedah seperti bayaran gaji terkumpul, cuti tahunan yang belum digunakan, atau manfaat lain yang dinyatakan dalam kontrak. Pastikan untuk menuntut faedah ini sekiranya sah.

5. Berbincang dengan majikan

Anda mungkin boleh berjumpa dan berbincang dengan majikan anda secara terbuka dan jujur yang mungkin akan membawa kepada keputusan yang lebih baik. Anda boleh bertanya tentang sebab-sebab pemecatan dan cara untuk meningkatkan prestasi di syarikat yang seterusnya.

Namun, anda perlu ingat bahawa setiap situasi pemecatan adalah berbeza-beza, dan langkah-langkah yang anda ambil mungkin berbeza berdasarkan keperluan dan keadaan peribadi anda. 

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *