Lazimnya, apabila sesi interview tamat, anda mesti tertanya-tanya, adakah sesi interview tadi berjalan dengan baik atau tidak dan segala persoalan-persoalan lain pastinya bermain di fikiran.
Tak perlu risau. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara 4 tanda bahawa penemuduga tertarik dengan anda semasa sesi interview.
1. Bertanyakan soalan yang lebih mendalam
Penemuduga akan mengajukan soalan-soalan yang lebih mendalam tentang pengalaman, pencapaian, dan kemahiran anda. Ini menunjukkan bahawa mereka ingin tahu lebih banyak tentang diri anda.
2. Sesi temu duga berjalan lebih lama dari masa yang sepatutnya
Sekiranya sesi temu duga anda adalah lebih lama dari kebiasaannya, ini menunjukkan bahawa sebelah kaki anda sudah berada di dalam syarikat tersebut.
Ini juga mungkin menunjukkan yang penemuduga mahu mengenali anda dengan lebih mendalam lagi.
3. Bertanyakan tentang gaji
Sekiranya penemuduga membincangkan tentang gaji, faedah, atau ganjaran, ini menunjukkan bahawa mereka berminat untuk membawa anda ke dalam syarikat mereka.
4. Temu duga diakhiri dengan perasaan positif
Sekiranya temu duga anda berakhir dengan perasaan positif dan aura yang baik, ini adalah petanda baik bahawa penemuduga mempunyai pandangan positif terhadap anda.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com