Ini 7 Minuman Alternatif Pengganti Kopi

Ini 7 Minuman Alternatif Pengganti Kopi

Posted by

Pengambilan kopi secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kegelisahan atau gementar (anxiety). Ada juga yang akan mengalami gangguan pencernaan, sakit kepala dan banyak lagi. 

Artikel berkaitan: Elakkan Minum Kopi Waktu Pagi! Ini Sebabnya

Disebabkan itu, terdapat minuman alternatif lain yang anda boleh cuba untuk menggantikan pengambilan kopi. Minuman alternatif ini bukan sahaja lebih bervariasi malah mengandungi pelbagai faedah kesihatan tambahan.

Berikut kami kongsikan antara 7 alternatif kopi yang sedap yang boleh anda cuba.

1. Teh hijau

Ini 7 Minuman Alternatif, Pengganti Kopi

Teh hijau salah satu jenis teh yang mengandungi kafein. Kandungan kafein yang terdapat dalam teh hijau pastinya tidak sebanyak kafein pada kopi, tetapi cukup untuk membuat anda merasa segar di pagi hari tanpa memberikan kesan sampingan seperti kopi. 

Selain itu, teh hijau juga terkenal dengan pelbagai manfaat lain untuk kesihatan. Salah satunya adalah kandungan katekin (sebatian antioksidan) yang bekerja sebagai antioksidan serta berfungsi untuk mencegah pelbagai jenis penyakit.

2. Matcha

Ini 7 Minuman Alternatif, Pengganti Kopi

Matcha yang merupakan satu lagi variasi teh hijau, biasanya ditemui dalam bentuk serbuk. Ia perlu dicampur dengan pukul buluh. Matcha mengandungi lebih sedikit kafein berbanding teh hijau (kira-kira setengah cawan kopi). Ini kerana semasa merendam, tidak semua nutrien dan sebatian sihat meresap ke dalam air. 

Apabila anda minum matcha, anda tidak akan meminum keseluruhan daun berkenaan (daun serbuk).

Sama seperti teh hijau, matcha juga mempunyai asid amino yang sama seperti teh hitam yang boleh membantu menjadikan anda penuh bertenaga.

3. Air lemon

Ini 7 Minuman Alternatif, Pengganti Kopi

Air lemon mengandungi antioksidan serta boleh meningkatkan semangat ketika anda sedang bekerja. Air perahan lemon yang ditambah air mineral dapat dipertimbangkan sebagai pengganti kopi. 

Minuman ini juga mengandung pectin yang menjadikan anda kenyang dalam tempoh masa yang lebih lama.

Bukan itu sahaja, air lemon juga mempunyai kelebihan kesihatan lain seperti menjadikan sistem imun lebih kuat, memperbaiki kulit serta penghidratan badan, menjadikan nafas lebih segar, mencegah batu karang dan membantu dalam penurunan berat badan.

4. Teh masala/chai

Ini 7 Minuman Alternatif, Pengganti Kopi

Teh masala/chai adalah sejenis teh hitam yang dicampur dengan susu serta campuran rempah dan herba yang terkenal di India. Ia biasanya mengandungi rempah seperti buah pelaga, halia kayu manis, adas, bunga cengkih, lada hitam  dan bahan-bahan lain.

Anda boleh mengurangkan pengambilan kafein dengan minuman aromatik ini kerana ia boleh meningkatkan tenaga.

5. Teh hitam (black tea)

Ini 7 Minuman Alternatif, Pengganti Kopi

Teh hitam/teh merah adalah sejenis teh yang diperbuat daripada daun tumbuhan bernama Camellia Sinensis. Daun ini terdedah kepada udara lembap yang kaya dengan oksigen telah menukarkan daun daripada berwarna hijau kepada warna hitam keperangan gelap.

Teh hitam mengandungi kafein dan asid amino dipanggil L-theanine yang mampu untuk membuatkan anda lebih fokus. 

6. KombuchaIni 7 Minuman Alternatif, Pengganti Kopi

Kombucha diperbuat dari campuran teh, gula, dan bakteria dan yis yang ditapai untuk satu tempoh masa. Ia diambil secara meluas untuk manfaat kesihatan usus kerana bakteria baik yang terdapat di dalamnya iaitu probiotik.

Pengambilan kopi kadangkala boleh merengsakan lapisan perut sekiranya diambil semasa perut kosong. Jadi minum kombucha pada waktu pagi secara semula jadi boleh mengimbangi usus dan meningkatkan sistem penghadaman anda.

Bukan itu sahaja kombucha juga mampu mengurangkan lemak badan, meningkatkan metabolisme, menghidrat semula badan dan menyegarkan mood anda.

Jumlah kafein yang terdapat dalam kombucha adalah lebih rendah daripada kopi dan ini boleh menyelesaikan masalah berjaga di tengah malam.

7. Air kelapa

Ini 7 Minuman Alternatif, Pengganti Kopi

Air kelapa adalah minum yang memberi hidrasi kepada tubuh terutamanya ketika cuaca panas. Air kelapa juga membantu anda menjadi lebih segar.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *