Adakah Pengajian Di Universiti/Kolej Mendedahkan Anda Dengan Pasaran Kerja Sekarang? 

Adakah Pengajian Di Universiti/Kolej Mendedahkan Anda Dengan Pasaran Kerja Sekarang? 

Posted by

Memetik laporan Free Malaysia Today, melalui satu kajian yang dijalankan kepada 3,000 responden, terdapat sekitar 46% responden merasakan pengajian yang mereka sedang lakukan sekarang tidak cukup untuk mendedahkan mereka dengan pasaran kerja.

Ramai anak muda beranggapan bahawa dengan memiliki diploma, ia akan memudahkan mereka untuk memasuki pasaran kerja, tetapi ternyata sebaliknya. Ini mendorong mereka untuk mempersoalkan peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam menyediakan graduan untuk menghadapi realiti kehidupan bekerja.

Dalam pada itu, seramai 61% memuji pekerjaan mereka sebelum ini kerana telah membantu mereka memperoleh kemahiran yang mereka perlukan. Menurut mereka, latihan yang diberikan oleh majikan serta pengalaman hidup turut menyumbang kepada kesediaan untuk pasaran kerja. 

Kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka ingin pendidikan di universiti/kolej mengajar mereka cara untuk melakukan career progression.

Satu pertiga daripada responden ingin mengetahui lebih lanjut tentang asas-asas profesion dan cara untuk bekerjasama dalam satu pasukan (team). Mereka akan menghargai pendekatan pendidikan yang lebih pragmatik dan kurang teoritis terhadap pasaran kerja.

Hal ini dibuktikan apabila perekrut/majikan mula mengamalkan pendekatan untuk mengambil pekerja yang lebih berkemahiran berbanding yang mempunyai lebih banyak pengetahuan (skill before knowledge).

Malah, sesetengah syarikat yang memilih pekerja berdasarkan kelayakan akademik berbanding kemahiran sering gagal merekrut dengan berkesan.

Disebabkan itu, terdapat sesetengah majikan menguruskan sendiri modul dan sesi latihan untuk membantu pekerja mereka bersaing dan mengasah kemahiran mereka. 

Secara keseluruhan, dua pertiga daripada responden yang disoal dalam tinjauan yang dinyatakan di atas berkata peluang untuk memperoleh kemahiran baharu merupakan faktor dalam keputusan mereka untuk beralih ke pekerjaan baharu atau kekal dalam pekerjaan yang sedia ada. 

Selain itu, ini adalah cara terbaik untuk bersaing untuk tugasan atau tanggungjawab yang lebih besar, atau untuk permintaan kenaikan gaji.

Adakah Pengajian Di Universiti/Kolej Mendedahkan Anda Dengan Pasaran Kerja Sekarang? 

Kira-kira 45% daripada Gen Z melihat peluang pembelajaran dan pembangunan sebagai cara untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik, manakala pekerja yang lebih tua lebih cenderung untuk melihat peluang pembelajaran sebagai pautan kepada pertumbuhan peribadi (personal growth).

Artikel berkaitan: Hala Tuju Lepas SPM: Sambung Belajar Atau Terus Kerja?

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *