Hilangkan Stres Dengan 10 Makanan Ini

Hilangkan Stres Dengan 10 Makanan Ini

Posted by

Stres atau tekanan yang berpanjangan bukan sahaja akan menjejaskan rutin harian bahkan akan menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi anda. Malah, ini boleh meningkatkan risiko anda mendapat penyakit seperti penyakit jantung dan kemurungan.

Menariknya, terdapat makanan dan minuman tertentu yang mempunyai kelebihan untuk menghilangkan stres. Berikut kami kongsikan antara 10 jenis makanan dan minuman yang boleh membantu menghilangkan stress anda.

1. Serbuk matcha

Serbuk teh hijau sangat popular dalam kalangan pengamal kesihatan kerana, ia kaya dengan L-theanine, asid amino bukan protein yang mana hadir dengan sifat menghilangkan stres dengan baik.

Matcha adalah sumber amino yang lebih baik berbanding jenis teh hijau yang lain kerana ia dibuat dari daun teh hijau yang tumbuh di tempat teduh. Proses ini meningkatkan kandungan sebatian tertentu, termasuk L-theanine.

2. Kimchi

Kimchi adalah hidangan sayuran yang ditapai. Makanan yang ditapai seperti kimchi mempunyai bakteria berfaedah yang dipanggil probiotik dan tinggi dengan vitamin, mineral dan antioksidan.

Kajian mendapati bahawa makanan yang ditapai boleh membantu mengurangkan tekanan dan keresahan. Sebagai contoh, dalam kajian terhadap 710 orang dewasa, mereka yang makan makanan yang ditapai mengalami gejala keresahan yang lebih sedikit.

Kedua-dua kajian manusia dan haiwan menunjukkan bahawa matcha boleh mengurangkan stres sekiranya kandungan L-theaninenya cukup tinggi dan kafeinnya rendah

3. Ubi keledek

Hilangkan Stres Dengan 10 Makanan Ini

Sumber karbohidrat yang kaya nutrien seperti ubi keledek boleh membantu menurunkan tahap hormon stres kortisol

Stres pada paras kronik boleh menyebabkan kortisol tidak berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan keradangan, sakit, dan kesan buruk lain.

4. Telur

Telur merupakan salah satu sumber protein yang sangat baik dan bernutrisi. Sebiji telur mengandungi  protein, lemak, vitamin, mineral dan juga antioksidan.

Nutrien-nutrien ini sangat bermanfaat dalam melawan stres yang anda alami. 

Selain itu, telur juga mengandungi kolin iaitu sejenis nutrien yang berperanan melindungi otak daripada stres yang berlaku. Kolin juga sangat membantu menaikkan mood anda.

5. Ikan berlemak

Contoh ikan berlemak ialah ikan salmon, ikan tenggiri dan ikan sardin yang sangat kaya kandungan omega-3. Omega-3 sangat terkenal dengan fungsinya yang meningkatkan kesihatan otak.

Menurut kajian, individu yang kurang mengambil sumber omega-3 akan lebih mudah mengalami kemurungan dan juga keresahan.

6. Makanan bercangkerang 

Hilangkan Stres Dengan 10 Makanan Ini

Makanan bercangkerang seperti kerang, tiram, kupang dan kepah sangat kaya dengan sejenis asid amino yang disebut sebagai taurin.

Taurin sangat diperlukan bagi menghasilkan dopamin iaitu sejenis neurotransmitter otak yang berperanan mengawal tindak balas stres.

Menurut kajian, taurin mempunyai kesan anti kemurungan.

Selain taurin, makanan bercangkerang juga kaya dengan pelbagai mineral lain yang akan membantu meningkatkan mood anda.

7. Bawang putih

Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang tinggi yang membantu meningkatkan tahap glutathione, iaitu sejenis antioksidan yang membantu tubuh anda melawan stres.

Selain itu, melalui kajian yang dilaksanakan ke atas haiwan, bawang putih dikatakan membantu mengawal simptom keresahan dan kemurungan.  Oleh disebabkan itu, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kesannya ke atas manusia.

8. Brokoli

Sayur-sayuran seperti brokoli boleh menurunkan risiko barah, penyakit jantung, dan gangguan kesihatan mental seperti kemurungan.

9. Teh chamomile

Hilangkan Stres Dengan 10 Makanan Ini

Chamomile adalah herba perubatan yang telah digunakan sejak zaman purba sebagai pengurang stres secara semula jadi. Teh dan ekstraknya telah terbukti mendorong tidur yang nyenyak dan mengurangkan gejala kebimbangan dan kemurungan

10. Beri biru (blueberry)

Beri biru dikaitkan dengan beberapa manfaat kesihatan, termasuk menjadikan mood anda lebih baik.

Beri biru tinggi dengan antioksidan flavonoid yang mempunyai kesan anti-radang dan neuroprotektif yang kuat. Beri biru boleh membantu mengurangkan keradangan dan melindungi daripada kerosakan sel yang berkaitan dengan stres.

Artikel berkaitan: Berhenti Ambil 7 Makanan Ini Kalau Anda Tak Nak Alami Sakit Kepala

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *