Siapa sangka hanya dengan berdiri, anda mampu untuk membakar kalori. Selain itu, dengan berdiri, anda juga boleh mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit seperti kencing manis, strok, kanser dan serangan jantung.
Berdiri merupakan aktiviti fizikal yang paling mudah untuk dilakukan. Namun, sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda perlu melakukan lebih daripada sekadar berdiri.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan bagaimana hanya dengan berdiri, kalori dalam badan anda boleh dibakar.
Dengan berdiri, anda telah membakar antara 70 hingga 95 kalori sejam lebih banyak daripada anda duduk. Duduk pula hanya membakar 65 hingga 85 kalori sejam. Perbezaannya mungkin tidak besar, tetapi ia bertambah dari semasa ke semasa semuanya bergantung kepada berat badan, jantina, ketinggian dan umur.
Lazimnya, tubuh badan lelaki akan membakar lebih banyak kalori kerana mereka biasanya mempunyai jisim otot yang lebih besar. Lebih banyak jisim otot yang dimiliki, lebih cepat anda membakar kalori.
Dengan berdiri, badan anda secara tidak langsung telah mengaktifkan jisim otot. Jisim otot ini membantu anda membakar lebih banyak kalori.
Selain itu, ketika berdiri, badan anda akan banyak bergerak. Setiap pergerakan dan regangan kaki boleh bertambah dari semasa ke semasa, dan seterusnya membakar lebih banyak kalori.
Walau bagaimanapun, berdiri terlalu lama dan kerap boleh mendatangkan keburukan pada postur badan anda.
Artikel berkaitan: Muzik Dan Kaitannya Dengan Kesihatan
Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2017, 20 peserta dewasa telah menyelesaikan kerja mereka dengan menggunakan komputer selama dua dalam keadaan berdiri.
Selepas dua jam berlalu, para peserta mengalami keadaan mental yang lemah, bengkak pada anggota bawah dan ketidakselesaan pada keseluruhan badan.
Namun, peserta yang terlibat mendapati bahawa apabila mereka berdiri ketika menyelesaikan kerja, keupayaan menyelesaikan masalah secara kreatif menunjukkan peningkatan.
Ini jelas menunjukkan sekiranya anda sedang mengalami masalah untuk menyelesaikan sesuatu perkara, cuba berdiri atau berjalan untuk beberapa ketika sambil berfikir. Mungkin dengan cara ini anda dapat fikirkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
Kesimpulannya, berdiri merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk anda bakar kalori. Selain itu, anda juga boleh lakukan senaman yang bersesuaian dengan berat badan dan keadaan kesihatan anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami rasa sakit semasa berdiri, dapatkan nasihat doktor tentang gejala anda.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com