Pekerja Cemerlang Mamee Ini Dihadiahkan Tesla Bernilai RM200 Juta!

Pekerja Cemerlang Mamee Ini Dihadiahkan Tesla Bernilai RM200 Ribu!

Posted by

Baru-baru ini, sebuah syarikat tempatan Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd telah menghadiahkan sebuah Tesla Model 3 kepada salah seorang pekerja cemerlang mereka. 

Pekerja Cemerlang Mamee Ini Dihadiahkan Tesla Bernilai RM200 Juta!

Pekerja bertuah tersebut yang bernama Xiang Xiaohui Shelby, merupakan Timbalan Pengurus di Mamee Jonker House, Jonker Street, Melaka. Beliau membawa pulang kereta Tesla itu yang berharga sekitar RM200,000.

Memetik laporan China Press, syarikat itu telah mengadakan majlis makan malam tahunan di The Vertical (VE Hotel & Residence) Connexion Conference & Event Centre (CCEC) di Kuala Lumpur. Seramai 550 kakitangan telah menghadiri majlis tersebut.

Pekerja Cemerlang Mamee Ini Dihadiahkan Tesla Bernilai RM200 Juta!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee, beliau menyatakan bahawa Mamee Jonker House yang terletak di Jonker Street itu telah menarik ramai pelancong dan pengguna dari pelbagai negara sejak beberapa tahun lalu. Sekaligus ia menjadi salah satu cawangan berprestasi terbaik syarikat itu.

Tambah beliau, Shelby memainkan peranan penting dalam mengembangkan jenama syarikat dalam pasaran domestik dan juga antarabangsa, yang turut mendapat pujian ramai.

Untuk pengetahuan, majlis makan malam itu diadakan bertujuan untuk menghargai pekerja-pekerja yang berprestasi cemerlang. Seramai 45 kakitangan telah dianugerahkan penghormatan tersebut.

Selain itu, terdapat 15 orang yang lain memenangi hadiah perjalanan ke luar negara termasuk perjalanan ke Korea Selatan. Manakala yang selebihnya pula memenangi hadiah berupa wang tunai RM1,000.

Artikel berkaitan: Dipecat Gara-Gara Pakai Rantai Salib, Warganet Gesa Pekerja Ini Tuntut Keadilan

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: China Press


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *