Ramai yang tidak menyedari bahawa duduk terlalu lama adalah salah satu penyebab utama berlakunya slip disc.
Pemilihan jenis kerusi yang tidak tepat dan tidak ergonomik juga boleh menyumbang kepada slip disc.
Bukan itu sahaja, posisi atau cara duduk juga akan memberi tekanan kepada tulang belakang. Sebenarnya, otot belakang manusia cukup kuat untuk membantu menguruskan atau menghadapi tekanan ini dan duduk sekali-sekala untuk makan atau menonton filem secara amnya tidak akan menyebabkan masalah bagi kebanyakan orang.
Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, tekanan ini boleh menyebabkan kehausan pada dinding luar cakera di tulang belakang dan ia akhirnya boleh menyebabkan koyakan yang mengakibatkan slip disc.
Bagaimana cara untuk menghalang daripada slip disc?
Kalau anda nak tahu, duduk dengan postur yang tepat boleh membantu mengurangkan tekanan dan kecederaan pada cakera di tulang belakang.
Menurut artikel yang diterbitkan dalam Journal of Spine Surgery pada tahun 2018, duduk menyebabkan tekanan pada cakera tulang belakang, terutamanya apabila duduk dengan tidak cara yang salah seperti duduk membongkok atau bahagian atas badan bersandar tetapi bahagian bawah badan tidak bersandar.
Meskipun begitu, usia juga boleh menjadi faktor dalam meningkatkan risiko slip disc. Semakin lama seseorang itu duduk setiap hari, semakin tinggi kemungkinan dia untuk mengalami slip disc.
Simptom-simptom anda terkena slip disc
Selain sakit belakang di bahagian bawah badan, simptom lain bagi slip disc adalah,
- Sakit di bahagian punggung, paha atau betis
- Sakit yang boleh digambarkan sebagai ‘mencucuk- cucuk’ atau ‘terbakar,’ terutamanya dengan pergerakan tertentu
- Kebas atau kesemutan di bahagian bawah belakang, kawasan pinggul atau bahagian atas kaki
- Kelemahan otot di bahagian bawah punggung, punggung, paha atau betis
Cara mencegah slip disc
Bagi mencegah masalah slip disc ini, anda disarankan untuk menetapkan masa antara 45 minit sehingga sejam untuk bangun sementara daripada kerusi.
Anda boleh lakukan senaman regangan dan berjalan sebentar untuk kurangkan tekanan di belakang badan sebelum kembali menyambung tugasan.
Selain itu, penggunaan peralatan tambahan seperti pemijak kaki khas (footrest) dapat membantu menolak lutut tinggi sedikit dan badan ke belakang. Ini secara tidak langsung menolak pinggang dan pinggul ke tempat sandar kerusi sekaligus mengurangkan tekanan di belakang badan.
Jangan ambil remeh tentang isu ini kerana kesannya sangat besar sehingga perlu menjalani pembedahan berikutan masalah ini boleh mengganggu fokus dan prestasi kerja.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com