Pilih kasih, diskriminasi atau favouritism di tempat kerja merupakan satu sikap dan amalan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada para pekerja. Sikap ini juga berkemungkinan akan menyebabkan pergaduhan dan konflik yang tidak diingini.
Sikap pilih kasih ini adalah kepercayaan seseorang individu terhadap orang lain berdasarkan pengalaman dan hubungan dibina, yang boleh mempengaruhi penilaian secara sedar atau tidak sedar.
Dalam dunia pekerjaan, sikap pilih kasih ini boleh terjadi sama ada antara majikan dengan pekerja, pengurus sumber manusia (HR) dengan majikan, pengurus sumber manusia (HR) dengan pekerja mahupun antara pekerja dengan pekerja.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 6 sikap pilih kasih yang perlu dielakkan di tempat kerja untuk memastikan semua orang bekerja dengan gembira dan tenang.
1. Pilih kasih terhadap jantina
Ini merupakan antara salah satu bentuk sikap pilih kasih yang sering berlaku dalam dunia pekerjaan. Dalam sesetengah kes, ia juga dipanggil stereotaip, di mana satu jantina memiliki pandangan mereka terhadap satu jantina lain.
Sebagai contoh, bila sesuatu jawatan itu dianggap lebih sesuai untuk kaum wanita sahaja dan begitu juga sebaliknya. Atau jawatan sebagai ketua pasukan (team) lebih sesuai digalas oleh lelaki dengan alasan wanita tidak boleh membuat keputusan secara rasional.
Tanggapan seperti ini sebenarnya boleh merosakkan suasana di tempat kerja apabila akan ada satu jantina yang rasa ditindas dan hak mereka tidak terjaga. Sekiranya berlarutan ia boleh menyebabkan ketidakpuasan hati dan perpecahan dalam organisasi syarikat.
2. Pilih kasih terhadap umur
Pilih kasih dari segi umur sering berlaku dalam dunia pekerjaan di mana majikan lebih cenderung untuk memilih pekerja yang lebih berusia berbanding graduan baru. Bagi sesetengah majikan, pekerja yang lebih berusia memiliki lebih banyak pengalaman dan kemahiran.
Ini adalah tidak benar kerana setiap pekerja memiliki kelebihan masing-masing.
Ada juga majikan yang berbuat sebaliknya di mana majikan merasakan mengambil graduan baru adalah lebih baik kerana harga pasaran mereka jauh lebih rendah. Ini sebenarnya adalah bentuk favoritism tanpa kita sedar yang berlaku dalam dunia pekerjaan.
3. Pilih kasih terhadap bangsa
Pilih kasih terhadap bangsa atau racism juga sering berlaku dalam dunia pekerjaan. Ia terjadi apabila satu kaum berasa lebih baik dari bangsa lain.
Ia juga boleh berlaku apabila sesetengah syarikat lebih gemar mengambil pekerja dari bangsa yang sama sahaja atau jika ada pekerja dari bangsa lain mereka tidak akan dilayan secara sama rata.
Pada dasarnya ia tidak menjadi kesalahan untuk sesetengah syarikat mengambil pekerja dari satu bangsa yang sama bagi menjamin keselesaan, namun memiliki lebih ramai pekerja dari latar belakang berbeza dapat membawa lebih banyak perspektif baru ke dalam organisasi.
4. Pilih kasih terhadap perhubungan
Lazimnya, manusia akan lebih mudah mempercayai individu yang dikenali berbanding mereka yang tiada kaitan atau memiliki sebarang perhubungan.
Kalau anda perasan, terdapat banyak “kumpulan-kumpulan” (geng) di tempat kerja. Kumpulan-kumpulan ini selalunya cenderung untuk berbincang sesama sendiri sahaja dan memandang kumpulan lain dengan pandangan berbeza.
Ini juga boleh terjadi di antara pekerja dengan pihak majikan, di mana pada sesetengah kes pendapat yang dibentangkan pekerja tidak dipandang serius memandangkan status pekerja berada di bawah majikan.
5. Pilih kasih terhadap pencapaian
Pilih kasih terhadap pencapaian adalah apabila individu yang berjaya meraih kejayaan dilayan berbeza berbanding mereka yang masih belum memberi sumbangan.
Sifat manusia cenderung untuk memandang tinggi individu yang memiliki nama mahupun harta. Keadaan ini lazimnya berlaku di tempat kerja.
Sebagai contoh seorang pekerja berjaya membawa masuk pelanggan dan meraih jualan yang tinggi akan diberikan bonus tambahan berbanding pekerja biasa. Atau majikan lebih mempercayai pekerja yang berstatus tinggi berbanding pekerja biasa.
Tips Untuk Tangani Sikap Pilih Kasih Di Tempat Kerja
Cara terbaik untuk menangani sikap pilih kasih adalah dengan mengubah corak bekerja.
- Gunakan sistem KPI atau OKR dalam ukur prestasi pekerja secara adil
- Buka hati dan fikiran untuk terima perbezaan dan pendapat orang lain
- Amalkan aktiviti bersama di tempat kerja (team building) bagi memecahkan sifat berkumpulan di tempat kerja
- Jangan ikut emosi dalam membuat sebarang keputusan
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com