Terdapat sesetengah syarikat yang akan meminta calon temu duga untuk lampirkan bersama penyata gaji semasa atau penyata gaji pekerjaan yang lepas.
Anda pastinya tidak ingin mendedahkannya kerana risau tidak akan ada kenaikan gaji atau bakal majikan akan menawarkan gaji di bawah jangkaan.
Pada masa yang sama, anda juga takut ingin mengatakan tidak kepada permintaan tersebut.
Persoalannya, boleh atau tidak bakal majikan mahu melihat penyata gaji anda?
Menurut seorang jurulatih kerjaya bertauliah, Jimmy Mak Chii Ping, majikan mempunyai hak untuk bertanya atau meminta penyata gaji semasa/lepas. Hal ini kerana tidak ada undang-undang dalam Malaysia yang melarang majikan daripada berbuat sedemikian.
Pasti anda mempersoalkan bagaimana ingin berunding gaji? Anda pastinya mempunyai sasaran untuk mendapat kenaikan gaji di syarikat baharu.
Sekiranya anda menunjukkan penyata gaji di tempat kerja lama, kadar kenaikan gaji pasti hanya akan meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus sahaja.
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya tidak mahu mendedahkan penyata gaji?
Sekiranya anda memilih untuk tidak menyerahkan penyata gaji, ia perlu dilakukan dengan sopan dan profesional agar tidak memberi tanggapan buruk kepada bakal majikan.
Berikut kami kongsikan beberapa cadangan jawapan untuk anda menolak permintaan majikan yang meminta penyata gaji.
- “Saya tidak dapat melampirkan penyata gaji kerana ini akan melanggar kontrak pekerjaan dengan majikan saya sebelum ini/sekarang. Ia sudah dinyatakan dalam kontrak bahawa semua maklumat, termasuk gaji dan faedah, adalah persendirian dan sulit.
- “Saya berhak untuk tidak menyerahkan maklumat seperti permintaan Tuan/Puan atas sebab saya masih bekerja dengan majikan ini dan perlu mematuhi polisi syarikat. Saya juga tidak mahu mengambil risiko menghadapi tindakan tatatertib atau tindakan undang-undang.”
Sekiranya bakal majikan anda masih berkeras dan tidak mahu meluluskan permohonan kerja, cadangkan mereka perlu berunding secara langsung dengan jabatan sumber manusia (HR) di syarikat anda sebelum ini/sekarang.
- “Oleh kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk menyerahkan maklumat ini, boleh saya cadangkan untuk menghubungi jabatan sumber manusia (HR) syarikat saya? Ini adalah nombor kepada salah seorang staf jabatan sumber manusia.”
Kesimpulannya, pilihlah syarikat yang mempunyai persekitaran bekerja yang positif dan berasaskan kepercayaan. Setiap orang mempunyai pilihan masing-masing dan bebas untuk memilih apa yang terbaik buat diri mereka.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.
Artikel berkaitan: 4 Kepentingan Slip Gaji Kepada Pekerja Anda
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com