Enam Perayaan Yang Disambut Di Malaysia Minggu Ini!

Enam Perayaan Yang Disambut Di Malaysia Minggu Ini!

Posted by

Anda pasti tidak tahu bahawa minggu ini terdapat enam perayaan yang disambut di Malaysia. Ia sekaligus telah menunjukkan kepelbagaian sebagai aset terbesar negara.

Menurut Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara serta dipertahankan oleh semua orang.

“Hanya di negara ini kita menyambut pelbagai perayaan. Minggu ini sahaja Hari Raya Aidilfitri, Ugadi, Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi, Hari Vishu dan Songkran,” katanya dalam ciapan menerusi akaun X milik beliau.

Semalam, masyarakat Tamil menyambut Tahun Baharu Tamil di Little India, Brickfields dengan penuh istimewa apabila ia dianjurkan hasil kerjasama pelbagai persatuan Tamil dan Hindu utama di negara ini.

Menurut Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy, acara yang diraikan bersama itu perlu diteruskan bagi memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.

Artikel berkaitan: Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *