Malaysia Antara Negara Dengan Jumlah Penghidap Diabetes Tertinggi Di Dunia

Malaysia Antara Negara Dengan Jumlah Penghidap Diabetes Tertinggi Di Dunia

Posted by

Diabetes atau penyakit kencing manis merupakan satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah.

Menurut The Spectator Index di laman X, Malaysia tersenarai sebagai negara dengan pesakit kencing manis paling ramai di dunia. 

Malaysia Antara Negara Dengan Jumlah Penghidap Diabetes Tertinggi Di Dunia

Seramai 19 peratus daripada 34.1 juta populasi rakyat negara ini mengalami penyakit itu dan bilangan ini cukup membimbangkan.

Negara paling ramai yang memiliki pesakit kencing manis ialah Pakistan iaitu sebanyak 30.8 peratus daripada populasi negara itu diikuti Kuwait (24.9 peratus), Mesir (20.9 peratus) dan Qatar (19.5 peratus).

Kedudukan di tangga kelima dalam statistik ini menjadikan Malaysia sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai pesakit diabetes paling ramai.

Artikel berkaitan: Malaysia Di Tempat Ke-2 Dengan Pekerja Paling Tidak Bahagia Di Asia Tenggara

Beberapa jenis diabetes sudah dikenal pasti, tetapi yang lazim menerima rawatan adalah diabetes jenis satu dan jenis dua.

Individu yang menghidap diabetes berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi serius yang boleh merosakkan pelbagai organ seperti sistem saraf, mata, buah pinggang, serta meningkatkan risiko sakit jantung dan strok.

Antara tanda dan gejala yang boleh dikesan jika anda menghidap penyakit diabetes termasuklah rasa lapar yang berterusan, penurunan berat badan secara drastik, kerap buang air kecil, kerap berasa dahaga, penglihatan yang kabur, mudah merasa letih, keletihan yang melampau, serta luka yang lambat sembuh.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *