Ini Sebab Kenapa Cahaya Matahari Waktu Pagi Lebih Baik Daripada Waktu Petang

Ini Sebab Kenapa Cahaya Matahari Waktu Pagi Lebih Baik Daripada Waktu Petang

Posted by

Tahukah anda bahawa cahaya matahari pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk menikmati manfaat kesihatan dari sinaran matahari?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa sebab kenapa cahaya matahari pada waktu pagi lebih memberi manfaat berbandingd cahaya matahari tengah hari atau petang.

Artikel berkaitan: Ini Sebab Kenapa Coklat & Kopi Gemar Dijadikan Pilihan Untuk Mood Yang Lebih Baik

1. Penghasilan vitamin D

Vitamin D memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang dan sistem imun. Ia membantu tubuh menyerap kalsium dengan lebih efektif, yang penting untuk pembentukan tulang yang kukuh.

Pada waktu pagi, cahaya matahari mengandungi sinar UVB yang merangsang penghasilan vitamin D oleh kulit secara semula jadi, sementara intensiti sinar UVB pada waktu pagi adalah lebih rendah yang mengurangkan risiko kerosakan kulit.

2. Intensiti cahaya lebih rendah pada waktu pagi

Pada waktu pagi iaitu sekitar jam 7 hingga 10 pagi , intensiti cahaya matahari adalah lebih rendah berbanding waktu tengah hari dan petang. 

Manakala jam antara 11 pagi hingga 4 petang biasanya mempunyai cahaya matahari yang paling panas dan paling tinggi intensiti kerana sinaran UV bergerak dalam jarak yang lebih pendek melalui atmosfera dan mempunyai laluan lurus ke bumi. Jadi ia akan terus kena pada kulit.

Apabila ini berlaku, individu berisiko tinggi untuk mengalami kerosakan kulit, selaran matahari, dan kanser kulit akibat pendedahan berlebihan kepada sinar UV. Sinar UV yang terlalu kuat boleh merosakkan kulit, menyebabkan penuaan pramatang, dan meningkatkan risiko penyakit kulit.

3. Menyokong kesihatan mata

Cahaya matahari semula jadi mempunyai kelebihan dalam mengawal pengeluaran melatonin dalam tubuh. Dengan pendedahan kepada cahaya matahari pada waktu pagi, ia bukan sahaja dapat mengurangkan masalah penglihatan, malah kesihatan mata secara keseluruhan juga dapat dipertingkatkan.

4. Meningkatkan mood dan tenaga

Pendedahan kepada cahaya matahari pagi bukan sahaja dapat meningkatkan suasana hati dan tahap tenaga, tetapi juga membantu tubuh mengatur jam biologi atau ritma sirkadian yang penting untuk tidur yang berkualiti dan kitaran tidur-bangun yang sihat. 

Apabila badan menerima cahaya pada waktu pagi, ia akan merangsang pengeluaran serotonin, hormon yang menyumbang kepada peningkatan mood, membuatkan anda merasa lebih gembira dan bertenaga.

5. Mengawal berat badan

Menurut beberapa kajian, pendedahan kepada cahaya matahari pagi dapat membantu mengawal berat badan. Sinar matahari pagi bukan sahaja mengatur metabolisme tubuh, tetapi juga membantu mengawal selera makan, sekaligus menyokong usaha penurunan dan pengurusan berat badan yang lebih baik

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *