Workaholic didefinisikan sebagai seorang yang kuat bekerja sehingga melupakan aspek lain dalam kehidupan. Lazimnya, individu yang workaholic boleh bekerja dan fokus dalam tempoh yang lebih lama berbanding orang lain.
Workaholic terjadi apabila seseorang itu terlalu inginkan kesempurnaan dalam tugasan ataupun bekerja keras untuk mendapat habuan yang lebih.
Individu yang workaholic juga seolah-olah tidak dapat mengawal diri daripada terus bekerja sepanjang masa. Menurut Hello Doktor, ketagihan bekerja atau gila kerja ini adalah salah satu daripada gangguan kesihatan mental.
4 Tanda Anda Seorang Yang ‘Workaholic’
1. Kurang masa bersama keluarga
Kurang masa bersama keluarga menjadi penyebab utama berlakunya perpecahan keluarga pada masa kini. Seseorang yang workaholic akan memberi pelbagai alasan semata-mata ingin menyiapkan tugasan.
Tanpa disedari, banyak masa yang dihabiskan dengan bekerja sehingga kurang melakukan aktiviti bersama keluarga.
2. Tidak wujud keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan
3. Rumah menjadi pejabat
Tanpa disedari, tabiat ini akan diulang-ulang setiap hari. Mereka juga akan kerap melihat telefon bimbit, tablet mahupun komputer riba di mana-mana sahaja walaupun ketika di meja makan.
Individu lain mungkin sering mengambil cuti, tetapi tidak bagi mereka yang workaholic. Apa yang difikirkan hanyalah kerja yang semakin bertimbun atau risau sekiranya rakan sekerja mencari mereka untuk tugasan kerja.
Mereka juga akan berasa cemas jika tidak berada di pejabat lebih daripada satu atau dua hari. Hasilnya, mereka takut untuk mengambil cuti dan teruskan bekerja walaupun mereka berada dalam keadaan yang tidak sihat.
Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com