Stres atau tekanan yang berpanjangan boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan mental anda. Sekiranya dibiarkan begitu sahaja, ia akan berubah menjadi kemurungan yang mungkin akan menyebabkan aktiviti harian anda terganggu.
Oleh itu, jangan ambil mudah stres yang anda alami! Ambil tahu tanda-tanda anda sedang alami stres dalam artikel yang kami kongsikan ini.
Artikel berkaitan: 5 Cara Hilangkan Stres Kerja Pada Hujung Minggu
1. Sakit kepala berpanjangan
Sekiranya anda sering mengalami sakit atau ketegangan di sekeliling dahi, ia adalah tanda bahawa anda sedang mengalami stres. Ia mungkin disebabkan oleh bebanan kerja, keluarga, rakan, atau perkara lain.
Sekiranya sakit kepala yang anda rasa menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur atau membangunkan anda daripada tidur, anda perlu berhati-hati kerana mungkin anda mempunyai masalah kesihatan yang lain. Rujuk pada pakar sekiranya perlu.
Artikel berkaitan: Bukan sahaja migrain, ada 5 punca sakit kepala berpanjangan!
2. Hilang selera makan
Sekiranya selera makan anda semakin merosot atau hilang, anda berkemungkinan sedang alami stres. Stres boleh menyebabkan nafsu makan berkurang sehingga menyebabkan berat badan anda menurun secara drastik.
Artikel berkaitan: Pemakanan dan stres
3. Mood cepat berubah
Stres mampu mempengaruhi emosi dan perasaan seseorang. Ia boleh menyebabkan mood seseorang menjadi tidak menentu dan berubah-ubah.
Ada satu masa mungkin anda gembira, namun beberapa minit kemudian anda boleh menangis secara tiba-tiba dan ada kalanya anda akan marah tanpa sebab. Perubahan mood ini pastinya akan memberi kesan negatif ketika anda bersosial dengan rakan-rakan atau orang sekeliling.
4. Sukar untuk fokus
Stres boleh menyebabkan seseorang sukar untuk fokus terhadap sesuatu perkara. Anda juga mungkin mengalami kesukaran untuk mengingat perkara-perkara kecil dan ini akan meningkatkan risiko penyakit Alzheimer, terutamanya pada wanita.
5. Sakit-sakit sendi/otot
Ketika seseorang sedang stres, tubuh akan menangkapnya sebagai signal bahaya. Reaksi tubuh terhadap stres salah satunya adalah otot menjadi tegang. Disebabkan itu, ramai orang akan mengalami sakit kepala, otot, sendi, bahu dan leher ketika sedang stres.
6. Kerap dan terus menerus mengalami kesakitan
Tanda-tanda lain jika anda mengalami stres adalah anda kerap jatuh sakit seperti demam, batuk dan lain-lain.
Ia bukan kerana anda kurang sihat, tetapi ia disebabkan daya tahan tubuh anda lemah kerana stres yang dialami. Perkara ini boleh membuatkan anda terus menerus jatuh sakit dalam tempoh waktu yang singkat.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com