9 Manfaat Makan Belalang Terhadap Kesihatan

9 Manfaat Makan Belalang Terhadap Kesihatan

Posted by

Belalang merupakan sejenis serangga yang boleh dimakan kerana ia mempunyai banyak manfaatnya!

Berikut kami kongsikan sembilan manfaat makan belalang terhadap kesihatan anda!

1. Melambatkan proses penuaan

Memakan belalang dikatakan mampu melambatkan proses penuaan kerana ia akan membantu mengekalkan kulit dan menjadikannya kekal elastik. 

Bukan itu sahaja, serangga pemakan daun seperti belalang ini juga mampu membantu menghalang kedutan pada wajah.

2. Membantu menguatkan sistem imunisasi

Memakan belalang boleh membantu menghalang kesan radikal bebas terhadap tubuh badan manusia dan akan menguatkan lagi sistem imunisasi tubuh. 

Ini bermaksud, ia akan membantu menghalang tubuh badan dari pelbagai jenis penyakit antaranya kanser. Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkannya.

3. Membantu menguatkan gigi dan tulang gigi

Kulit belalang mengandungi kalsium yang akan membantu mengekalkan ketumpatan tulang dan gigi. Selain itu, ia juga sangat berkesan untuk mengurangkan sakit belakang terutamanya buat wanita mengandung. 

Bukan itu sahaja, kulit belalang juga sangat disarankan untuk makan terutamanya buat individu yang dalam tempoh pemulihan akibat patah tulang. Sekiranya dimakan secara kerap, ia mungkin dapat menjadi penawar semula jadi kepada sakit tulang dan menghalang pembentukan osteoporosis.

4. Dapat menurunkan kadar kolesterol

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah akan menyebabkan ia terkumpul pada dinding saluran darah dan akan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung atau strok. 

Oleh itu, bagi anda yang ingin mencari sumber makanan yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol, belalang adalah jawapannya!

9 Manfaat Makan Belalang Terhadap Kesihatan

5. Membantu merangsang otak

Memakan belalang dikatakan mampu meningkatkan konsentrasi, kepintaran serta memori individu sama seperti kismis minda yang selalu diambil ketika kita kecil. Walau bagaimanapun, penelitian yang lebih lanjut perlu dilakukan untuk menentukan kebenaran kenyataan ini.

6. Membantu memulihkan sel yang telah rosak

Kandungan protein dan vitamin yang terdapat dalam serangga ini dikatakan sangat berguna untuk membantu memulihkan sel-sel yang telah rosak. Selain itu, memakan belalang juga boleh membantu menjana dan menguatkan otot pada tubuh badan manusia.

7. Membantu merawat anemia

Anemia adalah keadaan di mana seseorang mempunyai kekurangan sel darah merah di dalam tubuh badan. Jadi, apa pun rawatan untuk anemia ini pastinya akan berkait rapat dengan pengambilan makanan atau suplemen untuk menambahkannya. 

Dikatakan denan memakan belalang, ia mampu merangsang tubuh badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah dan ni sekali gus mampu membantu merawat masalah anemia. 

8. Membantu merawat buasir

Untuk anda yang sering mengalami buasir iaitu satu keadaan yang berlaku terhadap anus, anda disarankan untuk makan serangga ini, agar dapat merawat masalah ini secara semula jadi. Walau bagaimanapun, ia hanya sekadar petua dan tiada lagi bukti saintifik yang dapat mengesahkannya.

9. Membantu proses perkembangan janin

Belalang mempunyai kandungan protein sangat tinggi yang menjadikannya sangat bagus untuk perkembangan otak janin. Selain itu, belalang juga turut mengandungi vitamin B12 yang baik untuk keperluan dan perkembangan janin.

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: hellodoktor


 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *