6 Tips Optimumkan Penggunaan Ruang Untuk Yang Bekerja Dari Rumah

6 Tips Optimumkan Penggunaan Ruang Untuk Yang Bekerja Dari Rumah

Posted by

Jangan terkejut atau pelik sekiranya masih ada majikan yang membenarkan dan mengamalkan konsep Bekerja Dari Rumah atau Work From Home.

Untuk memastikan kesihatan mental anda kekal terjaga walaupun hanya bekerja dari rumah, anda boleh cuba untuk optimumkan penggunaan ruang di rumah anda!

Dengan adanya ruang yang selesa, cantik dengan sentuhan peribadi, anda bukan sahaja akan merasa lebih tenang dan nyaman, malah produktiviti untuk bekerja di rumah pun akan meningkat.

Berikut kami kongsikan 6 tips yang anda boleh guna untuk optimumkan ruangan dalam rumah bagi kesihatan mental anda terutamanya untuk anda yang bekerja dari rumah.

1. Pilih ruang/sudut bekerja yang sesuai

6 Tips Optimumkan Penggunaan Ruang Untuk Yang Bekerja Dari Rumah

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah untuk pilih ruang atau sudut yang sesuai untuk anda buat kerja. Elakkan memilih kawasan yang berdekatan dengan ruang tidur kerana ia boleh menyebabkan kosentrasi anda terganggu kerana asyik fikir nak baring dan tidur!

Pilih ruang atau sudut yang tenang, nyaman, santai, ditemani cahaya semula jadi seperti di luar rumah. 

2. Dekorasi minimalis

Pastikan anda cari atau cipta ruang kerja yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang. Menurut pakar pereka hiasan dalaman, ruang bertenang perlu mengutamakan perhiasan dan perabot dengan kuantiti yang sedikit dan minimalis. 

Jadi, anda boleh letakkan beberapa bantal, kerusi, meja kecil, serta permaidani. Beberapa pokok segar dan sedikit bingkai hiasan di dinding juga boleh diletakkan bagi menambahkan ‘mood’ di ruang kerja anda.

3. Jangan ada barang berselerak

Pastikan ruang kerja anda sentiasa kemas, bersih dan tidak kotor. Amalkan pembersihan secara berkala. Pastikan anda memiliki ruang simpanan untuk menyimpan segala barang-barang daripada berselerakkan. 

4. Pilihan warna

Pemilihan warna di ruang tempat anda bekerja juga memainkan peranan penting.

Warna-warna lembut seperti putih, biru muda dan sebagainya pastinya akan memberikan anda aura positif tatkala anda memerlukannya.

Elakkan menggunakan warna garang seperti merah dan hitam kerana ia boleh meningkatkan tekanan dan memaksa anda untuk banyak berfikir.

5. Sentuhan peribadi

Salah satu cara untuk menenangkan minda ketika sedang bekerja dari rumah adalah dengan menyertakan elemen-elemen peribadi yang berada di sekitar anda.

Antaranya bunga kegemaran, bingkai gambar dengan yang tersayang, karya seni kegemaran anda, bingkai kata-kata motivasi, lilin aromaterapi, minyak pati mahupun pelembap udara.

6. Pencahayaan dan pengudaraan

6 Tips Optimumkan Penggunaan Ruang Untuk Yang Bekerja Dari Rumah

Ada yang lebih selesa untuk buat kerja dengan cahaya yang terang, dan ada juga yang lebih tenteram dalam kegelapan. Pilih ruang tempat kerja ikut keselesaan anda.

Selain pencahayaan, pengudaraan juga penting. Pastikan kawasan ruang anda bekerja mempunyai pengaliran udara baik menerusi tingkap atau penghawa dingin.

Semoga perkongsian kami ini membantu anda yang bekerja dari rumah. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *