Perlu Ke Letak Jumlah Gaji Dalam Iklan Kerja?

Perlu Ke Letak Jumlah Gaji Dalam Iklan Kerja?

Posted by

Jumlah gaji adalah antara elemen penting yang dilihat sebelum seseorang pencari kerja atau graduan memohon sesuatu pekerjaan. Namun, bagaimana pula dengan sesetengah iklan kerja yang tidak menyatakan jumlah gaji? 

Persoalannya, perlu atau tidak meletakkan jumlah gaji dalam iklan kerja? Sebenarnya, tidak ada sebarang peraturan atau syarat yang diletakkan kepada majikan/syarikat/HR sama ada mereka ingin meletakkan jumlah gaji dalam iklan kerja atau tidak. 

Cuma terdapat kelebihan dan kekurangan yang jelas kelihatan sekiranya jumlah gaji diletakkan dalam iklan kerja. 

Kelebihan letak jumlah gaji dalam iklan kerja

1. Menarik perhatian calon yang berminat sahaja

Calon yang merasakan jumlah gaji yang ditawarkan sesuai dengan keinginan dan target mereka sahaja yang akan memohon. Ini akan mengecilkan kumpulan calon kepada hanya mereka yang sesuai dan layak dengan jawatan yang ditawarkan.

Majikan juga tidak akan membuang masa dan hanya akan menilai calon yang benar-benar serious sahaja. 

2. Memilih calon yang terbaik

Majikan berpeluang untuk memilih calon yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Jika gaji dan faedah yang ditawarkan cukup menarik, ramai calon yang berkaliber akan mengisi permohonan. Ia akan menjimatkan masa majikan dan hanya akan memberi tumpuan kepada kumpulan calon berkualiti sahaja.

Kekurangan letak jumlah gaji dalam iklan kerja

1. Kehilangan kuasa membuat rundingan gaji

Apabila majikan menyatakan jumlah gaji dalam iklan kerja, calon akan kehilangan kuasa membuat rundingan gaji kerana mereka merasakan gaji yang ditulis dalam iklan kerja sudah tetap.

Selain itu, maklumat gaji yang dinyatakan dalam iklan kerja mungkin akan digunakan oleh pesaing untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi dan menarik minat calon-calon lain.

2. Menetapkan jangkaan tidak realistik kepada calon

Sekiranya jumlah gaji dinyatakan dalam iklan kerja, calon-calon akan menjangkakan angka tersebut di peringkat lebih tinggi tanpa mengira kepakaran dan kelayakan mereka. Dalam pemberian gaji, semuanya bergantung kepada kemahiran, kelayakan, pengalaman, kepakaran dan faktor-faktor lain.

Tawaran gaji yang lebih tinggi biasanya dikhususkan untuk calon yang berkelayakan tinggi sahaja.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda di luar sana.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *