6 Sebab Yang Memungkinkan Anda Tak Nak Bersara

6 Sebab Yang Memungkinkan Anda Tak Nak Bersara

Posted by

Apabila tiba masanya, setiap individu yang bekerjaya pasti akan bersara tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun. Persoalannya, adakah anda sudah bersedia untuk meletakkan titik noktah dalam kerjaya anda?

Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebanyak 53% individu tidak bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran kewangan dan hanya satu langkah ke kancah kemiskinan jika berlaku sebarang krisis ekonomi.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara tiga sebab yang memungkinkan anda tak nak bersara. 

1. Keperluan sosial bersama rakan sekerja

6 Sebab Yang Memungkinkan Anda Tak Nak Bersara

Sekiranya anda seorang yang extrovert, anda pasti akan lebih gembira sekiranya dapat bekerja dan berinteraksi bersama rakan sekerja. Keperluan sosial sudah tentunya menjadi salah satu sebab yang memungkinkan anda tidak mahu bersara. 

Ini kerana, apabila anda bersara, anda akan lebih banyak meluangkan masa berseorangan. Walaupun hidup anda sudah tidak lagi dibelenggu tekanan kerja, tetapi anda akan lebih kurang bersosial. 

Ini boleh meningkatkan tahap kesunyian dan menjejaskan kesihatan mental anda.

2. Risau sekiranya tidak mampu untuk membayar bil dan komitmen

Anda mungkin tidak mahu bersara kerana risau sekiranya tidak mampu untuk membayar bil dan komitmen. Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), rakyat Malaysia perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM 228,000 wang simpanan apabila mereka mencecah umur 55 tahun. 

Simpanan ini merujuk kepada jumlah yang mencukupi untuk menyara kos persaraan diri selama 20 tahun bermula dari umur 55 tahun hingga 75 tahun.

Jadi, sebelum anda bersara, kenal pasti sama ada simpanan sedia sudah mencukupi atau sebaliknya untuk menjalani persaraan yang selesa tanpa perlu berfikir bagaimana untuk menjana pendapatan tambahan. 

3. Hutang keliling pinggang

6 Sebab Yang Memungkinkan Anda Tak Nak Bersara

Hutang keliling pinggang akan memberi tekanan terhadap simpanan sedia ada apabila anda bersara. Sekiranya anda mempunyai hutang melebihi kemampuan untuk membayarnya semula, anda berisiko untuk menghadapi tekanan yang besar terhadap kesihatan mental.

Sekiranya anda ingin membayar hutang sebelum bersara, ini bermakna anda perlu bekerja lebih masa dan tidak mustahil anda akan memilih untuk bekerja selepas waktu persaraan iaitu selepas umur 60 tahun. 

Ia bukan pilihan yang terbaik tetapi terpaksa dilakukan untuk memastikan semasa persaraan, anda tidak mempunyai sebarang komitmen yang mendesak.

4. Tiada perancangan untuk perbelanjaan masa hadapan

Sekiranya anda tidak mengira perbelanjaan anda dari sekarang semua perbelanjaan yang besar akan menjadi lebih berat apabila anda hanya bergantung dengan wang persaraan sahaja,

Jadi, amat penting untuk anda memastikan bahawa simpanan sedia ada mencukupi bagi menampungnya.

5. Tiada pelan kewangan untuk masa hadapan

Apabila anda bersara, anda akan kehilangan gaji bulanan dan ini mungkin akan menyukarkan anda sekiranya anda tiada pelan kewangan yang baik.

Jadi, ia adalah sangat penting untuk membuat aliran tunai bulanan sebelum bersara. Merancang aliran tunai bulanan bermakna melihat semula jumlah wang yang dapat dikeluarkan daripada akaun KWSP anda sebelum bersara dan jenis-jenis komitmen bulanan yang perlu diselesaikan.

Apabila anda tahu perbelanjaan semasa, ia akan memudahkan anda merangka semula jumlah pendapatan yang diperlukan untuk membayarnya. Dengan ini, anda juga boleh mengenal pasti samada simpanan sedia ada mencukupi atau tidak untuk anda bersara.

6. Kerja memberi lebih makna dalam hidup anda

6 Sebab Yang Memungkinkan Anda Tak Nak Bersara

Anda mungkin tidak mahu bersara kerana anda merasakan kerja yang anda lakukan sekarang ini memberi lebih makna dalam hidup. Kebanyakan pesara mengaku bahawa tidak menyukai gaya hidup mereka yang sudah tidak lagi bekerja. 

Ia merupakan satu peralihan besar untuk beralih daripada bekerja 8 jam sehari kepada hari-hari yang tidak diisi dengan kerja. Tetapi, anda jangan risau! Anda boleh mencari pekerjaan tambahan selepas bersara, contohnya melakukan pekerjaan separuh masa atau menjadi sukarelawan untuk organisasi bukan kerajaan.

Artikel berkaitan: Doktor 100 tahun belum mahu bersara

Jadi, antara kesemua sebab yang kami kongsikan ini, yang mana satukah yang anda sedang alami sekarang ini?

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *