10 Jenis ‘Job Scam’ & Cara Untuk Elakkan Diri Dari Ditipu

10 Jenis ‘Job Scam’ & Cara Untuk Elakkan Diri Dari Ditipu

Posted by

Job scam atau penipuan pekerjaan adalah percubaan untuk menipu individu yang mencari pekerjaan dengan memberi harapan palsu untuk pekerjaan yang lebih baik, gaji yang lebih tinggi dan sebagainya. 

Bagi memastikan anda tidak menjadi mangsa job scam ini, berikut kami kongsikan antara 10 jenis job scam dan bagaimana cara untuk elakkan diri dari ditipu scammer (penipu) ini.

Jenis-Jenis Job Scam

1. Membuat panggilan berulang kali berkenaan tawaran kerja

10 Jenis ‘Job Scam’ & Cara Untuk Elakkan Diri Dari Ditipu

Job scam kebiasaannya akan membuat panggilan secara berulang kali dan cuba memaksa anda menerima tawaran mereka.

Mereka akan mengeluarkan ayat-ayat yang membuatkan anda menyesal sekiranya tidak menerima tawaran kerja ini. 

2. Komunikasi yang tidak profesional 

Kenal pasti cara perekrut/majikan yang menghubungi anda melalui bahasa, tatabahasa, dan nada keseluruhan komunikasi. Sekiranya anda melihat banyak kesilapan ejaan, bahasa yang tidak profesional atau komunikasi yang tidak konsisten, ia adalah tanda-tanda job scam.

3. Tidak menerangkan skop kerja dan jawatan dengan jelas

Tawaran kerja yang boleh dipercayai akan menyenaraikan skop kerja dengan jelas dan terperinci.

Sebaliknya, job scam akan cenderung untuk menulis skop kerja yang samar-samar dan terlalu umum. Job scam juga akan turut menawarkan jawatan yang membolehkan hampir semua orang layak untuk memohon.

4. Tawaran pekerjaan yang tidak realistik

Sekiranya sesebuah tawaran kerja itu menjanjikan gaji atau faedah yang tinggi dan kedengarannya tidak realistik, ia mungkin adalah perangkap yang anda perlu curiga. 

5. Meminta dokumen maklumat yang sulit/peribadi

Kebanyakan scammer akan meminta anda untuk menyerahkan maklumat-maklumat peribadi seperti alamat kediaman atau penyata kewangan – ini perlu diserahkan bagi menjanjikan akses segera kepada peluang pekerjaan.

Walau bagaimanapun, syarikat yang bereputasi biasanya tidak akan meminta dokumen-dokumen sedemikian sehingga proses temu duga atau onboarding.

6. Syarikat tidak mempunyai temu duga

Sekiranya proses pengambilan pekerja tidak termasuk temu duga kerja atau sekiranya majikan tidak menunjukkan minat terhadap anda, ini boleh menjadi tanda bahawa mereka ingin menipu anda.

7. Menyediakan laman web palsu

Scammer kebiasaannya akan menggunakan perisian standard dan akan melakukan temu duga secara atas talian. Sekiranya mereka meminta anda memasang sesuatu yang anda tidak pernah dengar, ini mungkin petanda bahawa anda sedang ditipu.

Kini, semakin ramai scammer yang cenderung untuk menubuhkan platform atas talian palsu dan akan menyamar sebagai agen kepada majikan selain menyatakan bahawa laman web tersebut adalah saluran untuk syarikat yang sah.

8. Menghantar pautan pelik 

10 Jenis ‘Job Scam’ & Cara Untuk Elakkan Diri Dari Ditipu

Semasa membuat permohonan kerja, berhati-hati apabila mengklik pada mana-mana pautan kerana ia boleh membawa kepada permohonan penipuan yang direka semata-mata untuk mengekstrak maklumat akaun bank atau kad kredit anda.

9. Bekerja di luar negara tanpa perlu visa pekerjaan

Sekiranya anda diminta untuk bekerja di luar negara dengan menggunakan visa pelawat dan bukannya visa pekerjaan yang sah, anggap sahaja ia adalah job scam.

Anda tidak digalakkan untuk meneruskan proses pekerjaan walaupun majikan berjanji untuk menampung perbelanjaan penerbangan anda.

10. Meminta anda untuk melakukan pembayaran 

Agensi pengambilan pekerjaan lazimnya tidak akan meminta bayaran pendahuluan atau mengenakan sebarang caj kepada pencari kerja. 

Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa job scam ini, pasaran pekerjaan perlu memanfaatkan teknologi untuk memeranginya, termasuk memperluaskan penggunaan AI dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan pengesanan penipuan dan keupayaan pencegahan.

Artikel berkaitan: Langkah Pencegahan Dari Penipuan “Scam”

Untuk pengetahuan, sekitar bulan Julai 2022 hingga Jun 2023, syarikat induk JobStreet, SEEK, secara automatik mengimbas 7.8 juta iklan pekerjaan secara direct di semua platformnya di seluruh Asia Pasifik (APAC).

Kira-kira 10% daripada iklan kerja telah ditingkatkan untuk semakan manual (780,000 iklan kerja), lebih daripada 1,900 penyewa dikecualikan semasa onboarding, 350 akaun penyewa telah ditutup kerana penipuan dan lebih daripada 2,800 iklan kerja telah dialih keluar.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *