Menurut penyelidik dari Universiti Edith Cowan (ECU), mereka percaya bahawa melancong bukan sahaja boleh memberikan pengalaman yang menyeronokkan bahkan boleh memberikan manfaat kesihatan yang ketara serta akan melambatkan proses penuaan.
Kajian ini turut menyatakan melancong boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan mental melalui pendedahan kepada persekitaran baharu, aktiviti fizikal serta interaksi sosial.
Kurangkan stres
Melancong dapat membantu mengurangkan stres dengan membolehkan individu berehat dan melepaskan diri dan rutin harian yang membebankan. Jadi, pergilah melancong kerana stres yang berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan dan berisiko untuk menghidap pelbagai penyakit.
Artikel berkaitan: 7 Jenis Rehat Yang Anda Perlu Tahu
Rangsangan mental
Melancong memberikan rangsangan mental dan memberikan pengalaman baharu yang boleh meningkatkan fungsi kognitif. Ini penting kerana ia boleh mengurangkan penurunan kognitif yang sering dikaitkan dengan penuaan. Mempelajari tentang budaya yang berbeza dan menghadapi situasi baharu membantu mengekalkan otak aktif dan sihat.
Tingkatkan daya ketahanan badan
Pendedahan kepada persekitaran baharu membantu tubuh menjadi lebih adaptif dan tahan terhadap situasi yang memberikan tekanan. Ini akan melambatkan tanda-tanda penuaan dan meningkatkan ketahanan tubuh terhadap penyakit.
Aktiviti fizikal yang meningkatkan kesihatan
Aktiviti-aktiviti seperti mendaki, berjalan-jalan atau bersiar-siar di pantai adalah sebahagian daripada pengalaman yang anda akan rasai apabila melancong. Aktiviti-aktiviti ini membantu mengekalkan kekuatan dan mobiliti tubuh yang penting untuk kesihatan fizikal yang berpanjangann .
Kesimpulannya, melancong bukan sahaja memberikan kenangan indah bahkan juga boleh menjadi kunci kepada kesihatan yang lebih baik dan penuaan yang lebih perlahan. Oleh itu sekiranya anda mencari alasan untuk merancang percutian seterusnya, ingatlah bahawa ia mungkin baik untuk kesihatan anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!